Edisi Meroyan : Menantu Garang!

By Mizz Coki - Januari 15, 2012



Selalu kan, benda ni buat aku bengang selain lawak bodoh lain yang sedia ada kat rumah.
Nampak tak kertas yang dilekat kat dinding tu?
Siapa punya kerja?



Aku!!
Ye.  
Itu memang kerja aku.
Aku yang buat.
Aku buat sebab bengang.

Susah ke nak simpan penyapu leklok lepas guna?
Susah ke?
Kat dust pan tu dah ada penyangkut dia, sangkut jelah.
Ni tak.
Lepas guna main campak je tepi tong sampah.

Kisah benar ni.
Sebab kiterang keluarga susah, jadi seboleh-bolehnya duit tu digunakan untuk membeli barangan yang amat diperlukan dan bukannya untuk dibazirkan membeli benda remeh macam penyapu whatsoever.
Jadi selepas menyapu sampah, penyapu itu hendaklah digantung atau diterbalikkan atas bawah.
Reasons?
Pertama supaya bulu penyapu itu tidak akan melepet atau penyek.
Kedua, supaya penyapu itu tahan lama.
Kiterang pernah guna penyapu sampai dua tahun.
Yelah, namapun berjimat cermat kan?

Bila dah kahwin, dok pulak ngan mertua aku taulah dia nak cepat ke apa nak mengejar budak-budak kat rumah tu.
Rumah aku kan separa Taska kaedahnya.
Semua kerja kena cepat.
Lepas sapu sampah campak penyapu.
Kadang-kadang cuci pinggan masih berminyak-minyak pinggan.
Selalu jumpa pinggan masih berminyak masa nak ceduk nasik.
Sudu takyah cita, aku pernah terambik sudu yang masih ada sisa-sisa peanut butter.
Bila aku membebel, memang akan kena tarbiah oleh encik suami.

"Mana kau nak pergi? Bajet kita cukupke nak beli rumah satu lagi???"

Jawapan dia memang tahap k*m*k la nak-nak time tu kita tengah datang bulan dan stress.
Kadang-kadang ada niat kat hati aku nak tukar alamat dalam IC dan tukar ke alamat kampung ayah.
Biarlah derang melompat tengok alamat aku kat Saratok ke, Lundu ke, Sri Aman ke..
Pastu boleh mintak dok kuartes kerajaan.

Aku dah takde pilihan lain lagi.
Nilah cara nak men-tarbiah dalam lembut.
Amik kertas A4 terus tulis dan lekat kat dinding.

Aku rasa maybe besok aku nak buat satu lagi.
Aku nak laminate dulu pastu lekat kat toilet.

"Lepas kencing sila flush"

Damn.
Nak menjimatkan air konon.
Sebab malam-malam derang bangun kencing 3-4 kali lepas kencing tak flush.
Nak jimatkan air.
Konon!
Pagi-pagi giliran kita nak guna baru bukak pintu toilet dah bau puaka!
Macam mana toilet tak cepat kotor?
Bila kau tak flush, kencing kau kan ada garam mineral bagai.
Benda tu melekat-lekat kat dalam mangkuk tu.
Bila kau flush sekurang-kurangnya takde unsur-unsur celaka tertinggal kat situ.
Toilet pun akan sentiasa bersih jadinya.

Bencilah nak kena bagitau semua orang sila flush lepas kencing.
Kadang-kadang nak berebut bila cucu-cucu meraung-raung nangis, boleh berak tak flush?
Sampai kembang sebesar lengan ada kayu balak timbul kat mangkuk.
Pengotor gila.

Susah nak educate manusia yang bertamadun sedia ada.
Bila aku bising sikit aku mulut jahat.
Jadi blog sajalah tempat aku membebel.
Facebook tak payahlah.
Kang ada papparazzi (macam kes dulu) pegi amik screen shot dan bagi kat ipar aku.
Macam cibai.

Aku rasa aku patut dapat award.
Susah nak tengok pasangan muda boleh dok rumah orang tua sampai 10 tahun.
Aku dah dok sini since 1999.
Aku penyabar kan???


Yang benar.
Pompuan garang bercelak Firaun!







Mizz Coki:  Ingatkan best dapat kawen dengan anak tunggal ni.  Ingatkan takde/tak ramai ipar, takde pe'el bagai.  Sabo jelah.


  • Share:

You Might Also Like

4 ulasan