KFC

Cara Paling Senang Pujuk Bini Bila Marah (Hanya berkesan kalau bini kuat makan!)

By Mizz Coki - Januari 19, 2012


Merajuk. (bukan gambar sebenar skian,trimakaseh)


Sejak darling pulang ke ofis punyalah susah nak set kan time.  
Dulu, ofis dia kat plant jadi senangla nak cilok time amik aku balik kerja awal-awal.
Perlu diingatkan perjalanan dari Pending ke Kota Sentosa adalah sangat jauh sekiranya terperangkap dalam jammed.

Durex akan membawa anda ke Krabi - Percutian Romantis Tahun Ini!

Last week terjadi salah paham dalam perbualan handphone.
Ingatkan dia nak ambik aku dulu, then kunci ofis.
Rupa-rupanya dia kunci ofis dulu baru amik aku.
Punyalah konfiden aku berdiri macam tiang lampu menunggu dia last-last tak tahan lenguh terus koling-koling manja.

Hubby:  Eh, I told u I'll get to you later la.

Me:  HOits.  You said you were gonna pick me up first la pakcik.

Marah gila tau.
Sangat meningkat level darah kalau disukat time tu.
Aku terus lari balik masuk ofis dan main pc games.
Biar dok lama-lama lam ofis.
Biar dia menunggu kat bawah.
Rasain elo.
Seram seram sejuk dok sesorang kat ofis tau.
Nak nak ko kerja kat spital mental.

Sejam kemudian dia sampai...........


Muka poyo tak ngaku salah.
Boleh kau tak mengaku yang kau salah info bagi kat aku?

Hubby:  Elekla cik kak.... tu pun nak marah. Patutlah burok. Haha....

Me:  Arrrgggrrrhh.. jangan cakap dengan haku. Aku bisu dalam marah.

Hubby:  Dah dah.. makin burokla rupa lu.  Ah ni ada sikit habuan hari ini.  Kata haritu nak top up kan stok craft kan??? (Hulur dua keping note purple).

Me: +____+

Hubby:  Ada lagi...... ada lagi ni.. jap ekk.. I nak belok sini jap.  U lapar kan? I tau u lapar kalau lapar mesti bengang.

Me:  Oh shut up!......................Eh? Pergi mana ni?   

KFC!!!!!! >__<  *TERUS GIRANG DI HATI!

OK. 
Dah tak marah dah.
Tapi ada unsur-unsur balas dendam kat situ.
Dah orang belanja kannn??






Oh ya.
Dan tapau 15 ketul bawak balik untuk Gabby dan kazen-kazennya.
Sungguh keji taktik ini tapi orang sudi nak bayar kan?
Bayar jelah banyak cakap.

Thanks darling.
Next time lambat kita makan Sushi okeh?




  • Share:

You Might Also Like

4 ulasan