BBQ Tahun Baru

By Mizz Coki - Januari 07, 2012

Entri basi dah ni.

Tak sempat nak siapkan.
Dah dua hari ni connection Streamyx macam harems.

Malam tahun baru aritu kiterang plan nak buat BBQ sikit.
Takla meriah lagu mana pun.
Cuma ada kejutan buat pak mertua.

Jom tengok gambar!

Ni atas permintaan hubby, peminat mee goreng.  Simple je, campak kicap dan sos, kepingan isi ikan.  Siap pon.

Cik Lulu dan Cik Lala pun datang jugak memeriahkan mejelis.  Abaikan foto ni.  Derang dah kekenyangan pastu ngantuk.  Tak boleh pakai puppies ni.

Budak Easter ni main bunga api sesorang.  Gabby badan je anak gajah penakut yaamats sampai meraung-raung kita pujuk dia main sama.

Budak comot curi sudu dari luar.  Dwennessa nama dia.  Tapi kenapa aku rasa nama budak ni iras-iras wanita Afrika la pulak?

Inilah surprise malam tu.  Birthday pak mertua aku ialah pada 31 Disember jadi senangla, time nak sambut tahun baru kita beli kek, apa lagi ....... tekejut dia.  Hahahah....

Orang suruh tiup dia pegi tengok tempat lain pulak ongtua ni.  Motif mak mertua haku bawak tuala?????!!! Tetiba je...

Wajah girang terlebih makan malam tu.  Habis ayam, ikan, kek dia bedal sapu habis.

OK.  Gambar candid pun banyak yang best-best tapi only a few yang dapat cilok letak sini.  Kang lagging korang jugak yang boring tunggu ye dak?

Foto pertama:

Baby Dwen nak ikut Easter dan Gabby berlari kat luar.  Time ni dia meraung sakan!
Belum dapat lesen lagi sapa berani suruh main kat luar kan?

Easter menari-nari dengan bunga api.  Daddy dia menguap-nguap letih, ngantuk dan actually baru balik dari function office derang.  Nenek Easter tengok muka Daddy dia haahahha.... Lawak la.


Bapak budak yang girang over main bunga api sampai tutup mata perggghhh....
Dah anak nya penakut nak main kan?  So stok bunga api jatuh ke tangan Papa.

Kenyang giler makan malam tu tambah aku pulak kena sembelit sampai tak larat nak naik tangga.
Besok pagi baru dapat melabur hahaha.
Itupun dua tiga trip aku pergi toilet.
Longkang sumbat nak buat ape kan? 
Kesian tuan punya badan.

Azam kiterang tak de lah hebat vasskebaboom mana..
Cuma nak kecikkan size baju je.
Korang pulak, azam apa tahun baru ni??


  • Share:

You Might Also Like

2 ulasan