Banjir 2 Minggu Lepas!

By Mizz Coki - Januari 10, 2012

Hari Khamis, 5 haribulan haritu memang mencatat sejarah kat kawasan perumahan kami.
Famili hubby dah dok situ since 1988 tak pernah-pernah kena banjir.
Pagi tu macam biasa dah bersemangat nak turun kerja.
Maklumlah nak pergi breakfast tempat biasa.

Baru nak pakai kasut tiba-tiba pak mertua terpacul kat pintu kata,
"Aku rasa baik korang dok rumah.  Jalan dah tenggelam dek air".
Biar betik???!!


Baju oren tu.  
Mak mertua pegi kejutkan orang rumah sebelah.
Bukan orang lain pun.  
Rumah mak dia sendiri (hubby's grandma).

Aku pelik bin hairan la masyarakat kat sini.
Mentang-mentang sejuk bedi kata orang Perak, semua tarik selimut!
Mak mertua aku ni kaypoh sikit, habis orang dikejutnya suruh bangun.
Derang ni pun satu.


Kereta cousin hubby.
Kalau perati betul-betul foto ni kat hujung atas tu ada Kelisa warna merah.
Lima minit lepas aku amik gambar ni Kelisa tu dah serupa kapal selam dah.



Ketara kan laluan masuk ke rumah kami tinggi dari rumah-rumah lain so kami tak teruk sangat.
Rumah lain semua dah masuk air dah car porch derang.
Kancil dan Proton Saga BLM kat gambar atas ni nasib baik derang parking atas tempat tinggi sikit ni.
Kalau tidak.......




"Wheeeee!!! Best nya main hujan, sambil tangkap gambar!" - Mizz Coki

**Piankkkk!!**

"Balik! Aku kata balik sekarang jugak! Nak sangat demam ke???!!" - Mr. Hubby

Ekh ehe ehe ehe..sorry yang, OK kite balik.


Pesanan Khidmat Masyarakat:
JANGAN MAIN AIR BANJIR.  AIR BANJIR SANGAT KOTOR SEBAB SEMUA SAMPAH HANYUT KAT SITU PASTU ADA ULAR, CICAK, KATAK, TIKUS EEWWWW!







  • Share:

You Might Also Like

1 ulasan