Bahana Bangun Lambat!

By Mizz Coki - Januari 19, 2012

Last week kan....
Eiii malu nak cakap doh.
Selalu terlambat bangun.
Ke jam yang cepat sangat?
Akakkakaa......


Sampai kat ofis konfiden je keje sepanjang hari.
Petang nye nak tepek lipstik balik tetiba terasa nak tengok anting-anting kat cermin.
Sekali belek.....

*pitam*



Kannnn??? Satu bintang satu heart shape.
Anting-anting salah pakai.
Hahahahaha... adoi.. pesen apakah itu Cik kak?
Padan muka.
--  Bila bangun lambat, serba-serbi lambat.
Nak breakkie pun tak sempat.
Nasib baik ada stok dalam laci ofis.
Stok apa?



Stok jajan la apa lagi.
Orang XXXL mesti sentiasa berisi perutnya tau.
Buat kopi 3 in 1 kacau lebih kurang pastu taram.
Kenyang uols.


Very the kontot keropok dan jemariku itu.
Sikit je.
Cinonet gile kopok tu sekali telan dah lesap.
Tapi sedaplah.
Pedas-pedas manis gitu.
Beli kat kedai bawah, kat lobi hospital ni ada kedai nama dia KEDAI SIHAT tapi jajan yang dijual mana pergi 'sihat'nye tuh.

Balik kerja, hubby kata ada kejutan.
Ada hadiah, surprise katanya.
Wow...
Hubby tetiba romentik.
Ini berita bagus.

............................

............

.....

....




Ye.
Saya tau saya lambat bangun.
Tapi jangan hukum saya dengan hadiah tak berapa comel ini.
*Rasa nak baling keluar tingkap je*

K.Bai.

  • Share:

You Might Also Like

6 ulasan