Anugerah Juara Lagu Ke 26 (AJL 26)

By Mizz Coki - Januari 29, 2012

Mesti sekarang korang tengah duduk melangut depan TV tengok TV3 Live AJL ke 26 kan?
Aku terperuk dalam bilik ni ha...
Malas nak tengok.
Last year pun aku tak tengok gak.
Macam bosan je.

Oleh kerana Ally Iskandar tengah honeymoon, *Hai Ally!!* mesti malam ni ada lawak bodoh pendek katik keluar dari mulut FBI.
Oh jangan lupa bagitau kalau ada aksi stunt dan sangkar burung.
Tadi siang tengok Melodi dah nampak spoiler, Altimet naik motosikal kuasa tinggi.
Pastu wartawan Melodi tu siap tanya Faizal Tahi(r) betul ke nak bako piano malam ni?
Hahahahaha...
Ada ke??


Anyway, mari kita tengok barisan finalists malam ni.




  • 1. Wanita Seluruh Dunia – Projek Pistol
  • 2. Sedetik Lebih – Jaclyn Victor
  • 3. Kekanda Adinda – Atilia Dan Monoloque
  • 4. Penakut -Yuna
  • 5. Kalau Berpacaran – Suhaimi Mior Hassan, Ana Raffali Dan Altimet
  • 6. Cinta Muka Buku – Najwa Latif
  • 7. Karma – Faizal Tahir
  • 8. Kisah Hati – Alyah
  • 9. Sungai Lui – Aizat
  • 10. Gadis Semasa – Yuna
  • 11. Awan Nano – Hafiz
  • 12. Beribu Sesalan – 3 Suara


  • Dalam semua lagu-lagu tu kan, ada satu je lagu aku tak berapa, sangat kureng minat.


    Hehehe..
    Jangan ditanya kenapa.
    Memang tak suka.
    Dah try cuba trial and error memang tak boleh terima.
    Agaknya antara sebab tak suka ialah mungkin kerana iklan Monoloque dalam XFM yang haku dok dengar tiap-tiap hari tu.

    "Jangan terlalu mengagungkan budaya barat. ..... bla bla, kita amik, kupas, analisa dahulu bla bla bla"

    Ye ye je ko ni.
    Habis, pesal dulu Butterfingers tu tak kasi nama Lepa Mentega Jejari?
    Pastu masa semi final kut dia nyanyi bertanjak bertengkolok pastu minah getik sorang tu pakai kebaya.
    Motif?
    Macam betul-betul nak UP kan market dengan mengagung-agungkan bangsa.
    Macam Ana Rafali she's ok. 
    Dari azali dia masuk industri berbaju kurung which is unique.
    Tetiba je aku emo hahahaa.....

    Ye, ye....
    aku tau lepas ni mesti ada anonymous celakha pergi pot pet pot pet komen sini.
    Ada aku kesah?
    Blog aku, aku punya sukela kan?

    Bye........

    .....


    ....


    ....


    Eeeetttttssss!
    Tunggu dulu.
    Jom kita teka sapa menang?
    Kalau juri profesional tersilap amik ubat panadol atau ada yang datang bulan, aku tak heran kalau budak Najwa Latif tu jadi juara malam ni la la la .....

    OK, sekarang baru boleh bye.


    • Share:

    You Might Also Like

    0 ulasan