Aku Taubat.

By Mizz Coki - Januari 20, 2012

Hari Isnin.

Orang segar ceria turun kerja.
Aku berjalan macam baru lepas kena rogol dan diliwat beramai-ramai.
Lucah.
Ni angkara SIL aku la ni.
Senaman untuk membentuk-badan-bagi-orang-gemuk.
Yang aku pun ngok jugak termakan pujok rayu dia.


"Pergilah sis, ramai orang gemok-gemok pergi tu.  Kawan aku Siti dah kurus dah body makin mantap sekarang"

"Ramai yang tembam-tembam pergi so takde sebab nak malu".


Yelah tu.
Sampai je sana register, bayar RM25 (bulanan).
Dari luar dapat dengar bunyi, "3,4,5,6 seven eight!".
Dah berkobar-kobar semangat membara di jiwa.
Bukak pintu...................................

Oh yes. Damn. Shit.  Ikan Paus.
Well, you know the story well kalau Mizz Coki dah mula menyumpah menyampah.
Kau tau sapa kat dalam tu?
Semua pakai baju hitam macam seragam and one of them punya t-shirt terpampang,
"Kursus Tarian Tradisional Tahunan bla..bla..bla..."
Badan semua adalah 1/4 dari badan aku.
Dan semua adalah 'dancers'.
Penari terlatih hoccay???

Nak buat cerita lebih parah lagi.
Tanpa warm up, stretching (ini yang mesti dibuat sebelum memulakan senaman betul tak?)
Terus melompat-lompat menari-nari dahlah mengah semput naik tangga ke tingkat 4 belum hilang lagi dah kena lenjan kaw-kaw tanpa henti.
Aku lupa yang pemakaian kasut adalah penting untuk support kaki.
Pergelangan kaki aku hampir cedera OK?
Petang tu terhincut-hincut aku kat rumah.
Suwey betul.
Apa yang aku fikir masa menari-nari gajah tu?
Aku nak nangis OK?
Tapi aku kontrol.
Tiba-tiba timbul keinsafan di hati dan terbayang-bayang rupa Elliptical Machine yang aku beli tetapi jarang guna.
Sebijik mesin tu harga dia RM1300 tapi tak tahu nak appreciate.

Ok.
Aku taubat.
Mulai hari ini aku akan gunakan mesin tu balik, paling burok pun 3x seminggu itu janji aku.
Biarlah RM25 aku tu hangus.
Kita tengokla siapa lebih cepat kurus hahahaha!
Oh by the way, tak aci la senamtari tu.... 
Satu minggu satu kali je.
Habis 6 hari yang lain nye ko menyantak macam bab1 pun tak guna jugak.

Foto penyeri blog hari ini.

Foto kredit to :  CursingMalay

Kalau rasa nak gelak, sila gelak sekarang.
Aku rasa aib sungguh tengok gambar Cik Mah ni.
Sebab aku dah nampak rupa diri sendiri dalam cermin kat studio masa exercise haritu.
Sangat buroks OK.

Dah lebih dua hari berlalu.
Peha dan betis aku masih sakit.
Ditambah pulak dengan leher dan bahu yang pegal-pegal sebab bantal bodoh kat rumah.
Adakah ini alasan untuk membeli bantal baru lagi empuk? *jeling hubby

So, sebarang komen seperti di bawah adalah amat tidak dialu-alukan.

  • Biasalah, lama-lama exercise OK lah tu.
  • Hendak seribu daya tak hendak seribu dalih.
  • Sabar, jangan putus asa.  Orang yang berjaya adalah orang yang sabar (tetiba!)

................kannnn?  Mesti ada dah nak reply macam tu dah.
Only if you were in my shoes.
Then you know.


  • Share:

You Might Also Like

3 ulasan