AJL ke 26 - Tahniah Hafiz dan Awan Nano serta Edisi Ketiak Basah

By Mizz Coki - Januari 30, 2012

Ola!
Malam tadi sempat jugak last minit ber-Live Streaming tengok AJL 26 kat bilik tido.
TV besar gedabak kat bawah ko ngengada nak tengok kat leptop gak ye Coki?
Iye... sebab aku kena buat order orang tau.
Mana larat nak hangkut semua jarum dan kain pergi bawah.
Bingai ape.
Nak kemas lagi lepas tu?
Sapa nak tolong?

Mari kita semak senarai pemenang.


  • Anugerah Juara Lagu - Awan Nano (Hafiz) 
  • Tempat Kedua - Beribu Sesalan ( 3 Suara ) 
  • Tempat Ketiga- Karma (Faizal Tahir) 
  • Persembahan Terbaik - Kisah Hati (Alyah) 
  • Vokal Terbaik - Awan Nano (Hafiz)

Wah, Hafiz menang sakan noo....
Dua anugerah tu.
Semuanya mantap!
Keputusan tahun ni sangat berpuas hatilah kan?
Korang mesti clap clap Pengakap, iyelah dah pekena tahun lepas tiba-tiba si Ana Rafali yang tolong ingatkan korang ahahahah!

Dah jadi kemestian majlis grand sebegini mestilah ada sesi Red Carpet dan tayang pesen kan?
Tahun ni depa bagi kapet biru la pulak.
Ramai yang cantik-cantik dan stylo mylo dan tak terkecuali;

....

....

....

Mempersembahkan,
Edisi Ketiak Basah!


Ketiak Basah Ning Baizura!

Ketiak Basah Shila Amzah.

Ketiak Basah sapa ni ... aaahhh Nur Fathia!


  1. Muka cantik macam mana sekalipun kalau tiak basah camtu orang tetap geli.
  2. Lenkali sila bawak Rexona ke mana-mana, tiak anda dijamin kering dan tidak berbau tengik!

Ciao!!

  • Share:

You Might Also Like

1 ulasan