Warung Nasi Kuning, Daku Kembali Lagi!

By Mizz Coki - Disember 02, 2011

Alooo!
Ada rindu sama saya tak?
Hehehe.
Perasan glemer.
OK. 
Maaflah sebab lately jarang  nak apdet blog.
Nasib baik tak berabuk.
Bukannya apa korang, aku sibuk dengan biz kraf.
Rezeki jangan ditolak dik.
Kang tak datang-datang lagi, cemana?

Cut the story short will ya Coki?
Few days ago tetiba ngiler (ngidam) nak makan Bakso.
Lidah Indon maaaa.... mana nak buang kan?
Hahaha.. Lidah Indons katanya.... giloz.
Kalau nak makan citarasa Indonesia yang high end, pergi ke Gamelan.
Tapi kalau tak nak sangkut dalam jammed, nak yang dekat rumah aje, so seperti biasa on the way balik kerja kita singgah dulu lah kat Warung Nasi Kuning, di Jalan Tun Jugah.
Kalau tau kat mana Bank Rakyat taulah korang kedai ni.

Nah.
Ni dia pujaan hati beta.
Bakso Sapi yang gurih lagi enak.
Dihidang bersama saus cabe (sos cili)....
Aku demand "Permisi mbak, ada kecap manis nggak?"
Memang Indons habis OK?
The art of eating Bakso memang kena dengan saus cabe sama kecap manis ABC.
Kalau takde tu ibarat makan sushi tak ber Wasabi.
Ibarat Roti Canai tak berkuah.
Paham?


Hubby tak makan daging sebab ada darah tinggi.
Takde daging so kena opt for chicken.
Ayam Penyet?
Sorry. Laki ku tak makan pedas sangat.
Oh, mee goreng, nasi goreng, goreng-gorengan semua dah habis.
Nasi putih pun dah habis.
Nasi Rendang Ayam je tinggal bai.
Hubby amik je nasi kuning, takde choice nak wat ape kan.
Dia kata sedap nasik ni.
Sedap weh!
Atau terlampau sedap kerana lapar baru balik dari kerja.
Hantam sajalah labu.  Ekekekek....


Di sini nggak ada yang namanya Teh Botol.
Nggak ada Jus Alpukat mau pun Es Teler.
Tapi ibu pemilik warung merekomendasikan air ini untuk kami.
"INI AIRNYA ENAK DEH!" Katanya.
Nama air ini ialah Es Kelapa Jeruk (Air Kelapa Oren Ais).
Air kelapa muda sejuk-sejuk pastu diperah oren sunkist tu.
Segar, brrrrr!!
Terbaekkkk derrr!

Makasih bu.
Servisnya mantap, makan nya enak.
Harganya juga pas koq.
Kami pasti datang lagi dan lagi untuk mencicipi menu yang lain.

Daaaaaaa!!!




  • Share:

You Might Also Like

4 ulasan