Sayonara 2011 - Entri Penutup Tirai

By Mizz Coki - Disember 31, 2011

Selamat tinggal 2011.

Malam ni rumah kami berpesta lagi.
Baru je lepas marinate daging, sosej, ikan dan ayam untuk BBQ nanti.
Ada surprise untuk pak mertua ku.
Malam ni harijadi dia dan sian orang tua tu tak tau kami nak beli kek untuk dia.
Oh, jangan jeles, ada bunga api sempat cekau dalam 60 batang dari kedai pagi tadi.

"KAU MAMPHU BERPESTA GELEK MACAM NI??"

Wah, pesta sakan je bunyinya kan?
Sebelum tu nak ucap terima kasih kepada 2011.
Banyak peristiwa berlaku sepanjang tahun ni.

Dari segi kerja, aku dah adapt gila-gila dan suka gila kerja kat tempat sekarang.
Workload tu biasalah, tanpa workload melampau takde cabaran.
Hubby pun macam tu jugak.
Kami sama-sama dah kerja setahun kat tempat baru.

Kewangan pulak macam biasa.
Yang pasti dah puas jalan-jalan tahun ni je dah dua kali aku pergi KL.
OK lah tu kan, aku mana mampu nak pegi Ostolia, Jepun, Landen bagai ????
Tapi at least merasalah keluar dari Sarawak ni.
Bisnes kraf pun makin maju walaupun tak melambung tapi sekurang-kurangnya duit tu aku dah gunakan untuk celebrate Gawai dan Krismas.
Terima kasih.

Kesihatan?
Terima kasihlah walaupun aku berjaya turun berat sikit sekurang-kurangnya aku mampu berjalan jauh dan rupa aku tak semontel sangat macam dulu.
Gabby pun macam tu.
Tapi musim-musim perayaan hujung tahun macam nilah berat akan naik berkilo-kilo!
Whadda bummer!
Kita imbas kembali foto-foto tahun 2007, 4 tahun yang lalu macam mana rupa aku dan Gabby.





Khannnn??
Aku rasa kami anak beranak lebih gebu dari kuih pau.
Azam kami cuma itu saja.
Nak 'kecik' dari sekarang tahun hadapan.

Gambar terbaru.  Tetap nak publish kaedahnya.

Beberapa berita baik juga kami terima dari keluarga belah mak.
Adik no. 1 dah jumpa cinta hati baru, semoga berkekalan hendaknya.
Adik no. 2 bulan Jun tahun depan nak bertunang! 
Rombongan merisik datang masa Krismas.
Adik bongsu dapat tawaran masuk UiTM.

Semoga tahun baru 2012 menjanjikan kejayaan dan kemakmuran ceh macam Menteri pulak berucap dah hahahaha..
Semoga rezeki bertambah, kesihatan semakin baik, dilimpahi rezeki mencurah-curah!
Azam baru korang pulak cemana??

Selamat tahun baru semua, terima kasih kerana sudi membaca blog ini untuk setahun lagi!


Foto dicilok dari Google*




  • Share:

You Might Also Like

3 ulasan