Nah. Sekarang Baru Merasa Nikmat Cuti Hujung Tahun

By Mizz Coki - Disember 28, 2011

Grrr..
Geram sebenarnya.
Dah nasib badan 4XL kan.
Punyala susah nak cuti kat tempat ni.
Dulu masa kat HQ senang-senang je nak cuti tapi aku macam takde mood nak cuti.

Cuti tahunan aku memang banyak.
Tapi nasiblah kan masa bulan tiga haritu dekat dua minggu haku cuti sebab temankan hubby kat hospital.
Mana yang pergi ikut rombongan Cik Kiah shopping raya.
Baru dua minggu lepas kiterang tiga beranak pergi KL lagi.
Belum lagi dikira cuti cuti tension.
Tension hari Jumaat.
Cuti terus dari Jumaat ke Ahad sebab tak tahan kepala buat minit meeting hari-hari.


"Minit dah siap! Yeah yeah!!"

Ofis pulak sunyi sepi.
Semua member dah cuti.
Sedaplah korang tido kat rumah.
Aku gak bertemankan kopi Indocafe dan minit mesyuarat.
Seriously takde orang nak gantikan aku amik minit.
Depa takut katanya.....
Susah kewwww?
Anyway...


Esok aku mula bercuti.
Khamis, Jumaat, Sabtu, Ahad dan Isnin.
Selasa mesyuarat lagi!




Ye.. aku redha.

  • Share:

You Might Also Like

1 ulasan