Meroyan Ujung Tahun!

By Mizz Coki - Disember 07, 2011

Eii..

Takde maknanya nak Wordless Wednesday bagai.
Aku rasa nak meroyan sekaligus makan McD Prosperity ni.
Kaitan?

Pertama:
Aku sudah hanyut dibuai mood bercuti hujung tahun di samping ketagih membuat kraf.
Nak cepat-cepat siapkan order sebelum order tsunami masuk hujung bulan ni.
Lepas tu nak buat kraf sampingan sebagai persiapan nak join bazaar kraf bulan April tahun depan.
Tudiah!
Perancangan teliti katanya.
Rasa nak berenti kerja je dok rumah.
Bosan aku dah kerja ni.
Seingat aku sedari umur aku dah tau mengira duit aku dah kerja.

Masa sekolah rendah aku dah ikut orang petik buah lada, cabut rumput kat batas sayur cina, amik upah pergi sawah tanam padi.
Lepas tu masuk sekolah menengah since Tingkatan 4 aku asal hari Sabtu je aku pergi ke Stampark, kerja jadi part-time banquet waitress.
Habis SPM mana derrr lepak rumah macam budak-budak sekarang.
Aku kerja kilang selama hampir setahun.
Pernah kerja kat kedai bunga.
Tolong nyonya kemas rumah sebelum Tahun Baru Cina.
Ko hado?
Takde kan???
Aku bukan orang senang tau.
Sebab tu aku kena input hari-hari dengan ayah dulu.
Kalau nak makan sedap idup senang kena belajar rajin-rajin sampai universiti.
Ye, aku dah kecap semua itu.
Tu pasal aku gemok tau.
Kau tau kenapa gemok sebab aku makan selagi apa yang perut aku mampu muat.
Kau tau bila pertama kali aku jejak kaki kat KFC????
Umur 19 tahun OK?

Kedua:
Aku benci la sejak aku amik injection hormon kat Klinik Healthcare, Tabuan Jaya 10 tahun dulu, terus hormon aku meroyan.
Awal tahun, tengah tahun diam... 
Kadang-kadang period, kadang-kadang tidak.
Macam longkang sumbat.
Ko taukan bila longkang sumbat dibersihkan.
Semua kekotoran keluar tanpa henti-henti.
Pad tu silap haribulan lepas 2 jam pasang terus takleh hisap darah lagi tau.
Punya banyak kan?
Macam itulah period aku.
Keluar tanpa henti-henti kadang-kadang ketulan besar-besar.
Aku pernah amik gambar dan tunjuk kat adik aku kena maki hamun aku lepas tu.
Sampai mak mertua aku kata aku keguguran.
Nak gugur apanya pulak kalau main pun jarang? hahahaha..
Main badminton kewwww?

Ketiga:
Kita simpulkan aje ye?
Aku nak cuti.
Tapi orang tak sudi ganti tempat aku amik minit mesyuarat.
Macam hampeh.
Pastu aku nak dok rumah nak rehat.
Pastu aku nak gi melancong minggu depan.
Dengan pendarahan tak berhenti-henti dan banyak ni cemana nak enjoy?

Oh ya, aku ada tips untuk korang yang selalu kena kebocoran bila pendarahan berlebihan dan tips untuk guna tuala wanita tanpa ragu-ragu korang akan bocor.

Yang lelaki sila keluar ikut pintu belakang ye sebab entri yang ini nanti adalah untuk wanita sejati dan tulen.
Bukan wanita jadi-jadian.

SORRY YE.
AKU RASA AKU TAU KENAPA AKU MEROYAN.
SEBAB AKU PERIOD.
EMOSI AKU TAK STABIL.
PERUT AKU CRAMP.
TITIK.

  • Share:

You Might Also Like

1 ulasan