Makan Lagi.... Lok Lok dan Rojak Sotong Kangkung

By Mizz Coki - Disember 03, 2011

Hello.
Jangan ingat Mizz Coki muntekedarah hari-hari OK?
Ini foto minggu-minggu sudah punya.
Saja nak apdet.
Dah nama pun kekeringan idea kan.
Saja nak kecur-kecurkan ailio korang.



Pada satu petang, balik dari kerja hari hujan lebat gila.
Jalan pun sesak.
Perut pun sesak dengan angin sebab lapar laki bini tak lunch.
So dipendekkan jalan cerita kiterang singgah kat BDC.


Rindu setengah mati nak makan rojak ni tau.
Favorit kiterang.
Tengok gambar ni memang menguji iman sungguh.
Rasa nak pergi lagi.
Sabo jelah.
Tapi serius.
Memang sangat-sangat teringin.


Tapi nak komen ni aje yang kureng.
Sos kedekut!
Tapi kalau takde sos ni macam tak best kalau makan tak cicah-cicah.
Lenkali bagiler mangkuk yang besar sikit macam mangkuk sup yang comel tu.
Takkanlah aku nak pergi mintak dua tiga piring kecik plastik mikro ni.
Buat malu masyarakat je.


Inilah dia pelakon sampingan.
Ini Mizz Coki yang order.
Kalau Encik Hubby order alamatnya satu batalion boleh makan.
Mizz Coki kan comel dan berhemat.
(HAHAHAHAHA!)
Tauhu goreng, nuggets goreng dan ayam yang dibalut kulit tauhu kering (fucuk).
Rangup dan enak.

Lokasi tempat makan adalah berhampiran dengan Apartment Satria Jaya.
Orang panggil tempat ni "Kedai Ah Leong".
Ye ye aaajee kan lah.

Selamat mengecur ailio uols!

  • Share:

You Might Also Like

2 ulasan