Lega Dah. Settle Dah.

By Mizz Coki - Disember 10, 2011

Ngehehe....

Dulu bukan main tiap-tiap hari nak update blog.
Nak cari pendapatan sampingan konon dengan menulis.
Semangat besi waja sungguh.
Konon nak up kan duit Nuffnang dan berangan-angan nak dapat ribu-ribu.
Penat buat entri.
Orang lain buat entri "Saya Makan Nasi Sejuk Berkuah Air Kopi" atau "Beli Kasut Bata Dapat Beg Free" pun boleh dapat ribu-ribu pageviews.
Penat korek idea tau.
Daripada sakit jari pergi ketuk keyboard dan perah pulas otak baik jahit felt.
Sekurang-kurangnya skil bertambah dan duit masuk lebih kencang dari berblog.

Aku suka punya sukalah nak tulis apa kan?
Aku tau aku ada ramai silent readers walaupun unique visitors makin mengurang kepada 20 orang sehari.
Ko hado?
Hahaha.... 

Dah dah stop merapu.
Eh aku punya sukalah.

Well well sewel ko Coki.

Readers, (cehhh... macamlah readers ko hari hari dok sini, aku rasa ramai yang terlencong secara tak sengaja masuk blog ni kan? Cepat ngaku!).
Ingat tak entri pasal aku meraban haritu nak hantar adik aku gi register kat UiTM?
Sebenarnya tak kecoh manapun.
Mana de aku berjalan dalam terik mentari sampai semput mengah-mengah sebab aku dan adik aku adalah manusia hebat yang buat plan betul-betul tau.
Hebat ke dik? Hahahaa...

Aku:  Bro! Gua taruk lu sini. Nanti lepas lu dapat kunci bilik lu miskol gua.  Gua tunggu lu kat parking sana.

Adik:  OK Kak Long.  Nanti gua miskol lu. Barang-barang tolong pindah kusi belakang.  Nanti lu sampai sini gua bukak pintu terus punggah barang, lu boleh blah lepas tu.

Kannn??? Adik Kakak yang berotak genius!

Kiterang kire awal jugakler sampai dalam pukul 9 pagi gitu.
Sampai sana dah jammed gila!
Orang hantar budak masuk kolej macam hantar rombongan nak pergi Haji.
Hairan aku.
Anak yang masok UiTM sorang, tapi yang menghantar siap dukung anak 4-5 orang bagai.
Mana tak sesak.
Udah rope Klinik Kesihatan Ibu dan Anak pun ye jugak tempat tu.
Stupid.
Ish jahat nye mulut.
Mari bersangka baik.
Mesti si ibu berpesan,
"Besok besok ko ikut jejak abang ye belajar sampai kat sini..... bla bla bla"

Ni ada sikit 'buah tangan' untuk kawan-kawan yang seangkatan dengan aku, yang grad tahun 1999.
Kome tengok rope mana dah asrama kite dulu weiiii...
Sungguh menyentuh hati terus menggamit memori.......
Feewit!


Nampak?
Ko nampak tak?
Dulu terpaksa meredah hujan dan mentari kalau nak lepak gi bilik kawan kat blok sebelah dan pergi kuliah.
Sekarang bumbung berada di mana-mana.
Terbaik wak.


Blok 4, blok pertama yang aku diami bila kampus Samarahan dibukak.
Blok gangster ni.
Sapa berani main terajang pintu kalau bilik lain tengah buat bising.
Hanya penghuni blok ini.
Kalah dak jantan.


Blok 1 dan Blok 2.
Semester terakhir aku diam kat Blok 2.
Blok junior dan senior bercampur tanpa mengira status.
Blok gila-gila.



Ingat tak korang dengan padang bola jaring bola tampar ke hapa kat sini?
Sekarang dah tinggi-tinggi pokok dia.
Ada kusi dan tempat exercise bagai.
Dulu kan malam-malam mesti kiterang ramai-ramai berbaring atas lapangan ni sambil melihat bintang di langit.
Budak sekarang manade?
Ngadap Facebook adela....
Teringat masa mula-mula pindah sini, konon-konon hutan dara virgin forest banyak setan.
Terus abang-abang hensem yang alim-alim buat sembahyang 4 penjuru untuk 'pagar' kan tempat ni.

Banyak bebenor perubahan sekarang.

Apa yang aku nampak kan;

  1. Kafeteria dulu dah jadi Fakulti Sukan dan kafeteria sekarang tiba-tiba kat belakang, dekat blok kuliah, apa kes?
  2. Parking sentiasa berisi, maklumlah student anak anak ongkaye sekarang dah driving gi kuliah.  Dulu sunyi sepi padang kawad tu tempat bebudak skaters melambung lambungkan diri.
  3. Asrama perempuan dah kat belakang tempat kiterang berkawad Kesatria dulu.
  4. Unit HEP dah ada bangunan sendiri.
  5. Konvo tak pergi ke Shah Alam lagi rugilah korang weiii kiterang dulu konvo merangkap makan angin OK?
  6. Ko-kurikulum selain Kesatria dah ada Pertahanan Awam dan Bomba.  Hahaaha mari gelak bersama-sama, Rukun Tetangga tak masuk senarai ke?
  7. Surau lama dah takde, dah pindah ke padang kosong.
  8. Student sini ada penyakit baru iaitu main Frisbee.  Hilang macho dak lelaki.  Dulu hero-hero main bola tau.  Mana de pi lempar-lempar Frisbee???????!!!!
  9. Makan tak FREE diulangai tak FREE macam dulu, diberi insentif RM4 sehari sian adik aku.  Nasib baik kakaknya ini banyak back up plan kan dik?
Tiba-tiba tingin rasa nak balik ke UiTM apa kes kan?
Campus life, serba riang gembira takde duka walaupun poket kosong.
Masa tu belum fikir lagi tentang masa depan.
Sekarang dalam otak mesti duit duit duit duit dan makan.

Pesanan untuk adik bongsu ku itu, enjoy your campus life.
Hidup di sini tak akan berulang lagi walaupun wujud reincarnation.
Inilah masanya mencari jati diri dan hidup berdikari.
Banyak yang aku pelajari dalam masa tiga tahun aku kat sini.
Persahabatan, percintaan, gelak tawa suka duka, gila-gila,.....
Bebas tu jangan cakaplah....
Asalkan pandai jaga diri.

OK.  
Sebak pulak.
Ceh!
Tak ganas langsung.

....................... UiTM tetap DI HATIKU.  Bangga doh!

  • Share:

You Might Also Like

6 ulasan