Cuti Cuti Malaysia The Kings (KL - Day 3)

By Mizz Coki - Disember 27, 2011

Fuish.
Panjangnya entri tak habis-habis lagi.
Sukatimakpaktoknenekpakciksepupusepapat akula kan?
Blog aku ye dak?
Eiippp.. eiiipp... jangan marah.. kalau marah kena jual tau.

Chill la bhai....
OK.
Hari ketiga bangun penuh ceria pekena breakfast dulu.
Jangan tanya makan apa.
Korang dah tau apa.
M.e.g.i.g.o.r.e.n.g.

Lepas breakfast cari teksi, hubby mintak singgahkan kat RHB Bukit Bintang.
Waktu untuk mengepau suami sebab saham staff keluar bulan ni.
Kah kah kah!
Lepas tu terus mintak taxi tu hantar pergi KLCC.
Eh, jangan singgah KLCC ye brader.
Aku dah kena last July, nak patah betis aku menapak jauh gila.
Daripada terowong tu nak sampai KLCC kena berjalan sejauh 15-20 minit.
Korang kurus lari pecut pon boleh.
Brader tu singgahkan ngam-ngam depan Convention Centre.
Masuk je pintu utama Aquaria di depan mata.
Jam pulak baru 10:20 pagi.
Awalnya kiterang!

Tapi ramai jugak yang dah sampai.
Kiterang cepat-cepat pergi depan pintu.
Jadilah pengunjung kedua untuk hari itu.
YOU HAVE?
Kat belakang barisan sangat panjang!
Nasib baik cepat.



Masa ni orang belum ramai lagi. Jom tangkap gambar!



"Sekor masak tiga rasa, sekor goreng kunyit" -- Gabby

Kiterang lepak kat Aquaria sampai pukul 12:30 tengah hari.
Gabby mintak dilukiskan gambar (nak tiru Mama dia masa bulan Julai aritu), mintak belikan gelang, lepas tu pergi kedai cenderahati belikan keychain untuk colleagues dan amik foto Family.
Best!

Lunch kat situ je.
Gabby dan Papa makan Nasi Beriyani.
Aku amik nasi putih je.
Macam terbantut nafsu makan.
Setengah pinggan je habis.
Penat sangat kut.

Next destination, Papa dan Gabby nak tengok Putrajaya.
Errr.... aku dah pergi sini 3 kali dah.
OK. 
Mari feeling-feeling pemandu pelancong.
This time jangan guna taxi.
Dulu masa kiterang nak pergi seminar Kesetiausahaan kat PICC (Putrajaya International Convention Centre), pernah tanya taxi driver tu berapa tambang. 
Ulang alik RM100 tau!
OK.
Cara paling mudah dan murah, naik KLIA Transit, sampai kat stesyen Cyberjaya/Putrajaya terus cari teksi dan pusing keliling sampai muntah.
Tak sampai seratus pun ongkos semuanya.



Curi-curi amik gambar.  Takde steward handsome2 pulak arini. wakakakak!!



Gabby posing kat lobi PICC.


Pemandangan dari luar PICC.  Cantiknya!



This building never fails to mesmerize me every time I pass by.  
Istana Kehakiman ni.

Lepas penat pusing-pusing, singgah shopping dulu kat KL Sentral.
Kat GME memang buat rambang mata.
Sweater ladies di bawah RM30.
Perfume.
Kasut Playboy si Gabby dapat 70% discount.
Size luarbiasa (4XL) tshirt dia RM5.
OMG!!
OK, sila ambil 6 helai bawak balik Kuching.
Malu nak ngaku size sendiri ye dak?
WAKAKAKAKAKK!!!!

Terperangkap sejam dalam traffic jam.
Walhal KL Sentral - Jalan Alor bukan jauh pun.
Sampai je jam dah dekat 6:30 petang.
OK.  Kita singgah dulu untuk dinner.


Motif Gabby posing macam style yang aku selalu buat?
Iras-iras Mama dah tu.
OK cukup.
Masa untuk packing dan cerita balik ke Kuching in the next entry.


  • Share:

You Might Also Like

4 ulasan