Cuti Cuti Malaysia The Kings (KL - Day 2)

By Mizz Coki - Disember 22, 2011

Hari kedua ikut schedule nak bangun subuh, gi cari bas nak pergi Melaka.

Bila terbangun je tengok jam dah pukul 9 adoimak.
Ikut plan pergi pagi dan balik petang.
Cuma nak meronda bandar Melaka je.
Ye ye pergi set alarm kat hp pukul 6 pagi.
Hawau tol.

Kat sini gerai mokcik Kelate tu awal bukak tau.
Kiterang lepak situ.
Dia geram tengok Gabby yang bulat macam anak dia.
Gabby order Maggi Kari nak telo mata kebo satu.
Pastu Teh Tarik Ais.


Dalam pada tu, aku dan hubby order Maggi Goreng.
Specialty yang takde kat Sarawak.
Ada pun derang goreng kat Sarawak tapi rasa nya ada lari sikit bhai.
Kat sini gak yang sedap.
Gabby kan, bila dah habis Maggi dia, dihulurnya garpu dia nak try Maggi Goreng aku.
Tahan ke Bee?
Pedas tau.
Budak ni tak peduli.
"SEDAPLAH MAMA!! MAKCIK! SAYA MAU SATU LAGI MEGI GORENG!"



Kannn?
Nasiblah boyfriend budak ni nanti.
Kena belanja dia makan dua pinggan.
Maggi goreng dia sepinggan licin disapunya.
Anak... oh anak...

Lepas makan kita nak gerak terus cari teksi.
Tetiba budak temok ni cakap nak buang air, perut memulas.
Bukannya nak kesian, kiterang gelak kan dia tu laaaarrr sapa soh ko melahap macam 4 hari tak makan nak oi.....

Kiterang dapat offer RM10, bawak ulang-alik dari hotel pergi muzium cokelat, leather dan green tea.
Ok ler tu.
Rata-rata teksi sini hantam kromo je letak harga, meter memang tak pakai atas alasan traffic jam.
Muzium cokelat ni dah dua kali aku pergi.
First masa bulan Julai hari tu.
Cokelat tu ok lah, tapi yang tak boleh blah ialah Green Tea tu gila betul sales person dia.
Terbang RM450 untuk dua paket Green Tea, boleh??
P*&^%$!!



Lepas kena pow tu kiterang mintak driver tu singgahkan kiterang kat Berjaya Times Square.
Gabby dah merengek-rengek nak pergi sini.
Orang plan petang nanti nak pergi.
Apedaaaaaa budak ni.


Posing-posing dulu sebelum masuk.
Uinaaaa.. dah hampir sama tinggi dah anak aku ni.



Ini wajah girang sebelum menyumpah seranah roller-coaster tu.
Kannn?
Sapa suruh ko naik?
Ada foto dia sambil pejam mata kelakar gila dok lam roller coaster tu.
Bayaran masuk tak payah tanya ye untuk 2 adults dan 1 kid.
Bebudak nak main rides kat situ mesti tinggi 5 kaki ke atas.
Gabby pulak 5 kaki 1 inci.


Anak gajah menunggang anak gajah.
Boleh?
Aku dah seriau bila tengok dia dok atas tu.
Mana tau tiba-tiba kaki gajah tu patah.
Hahaha....


Penat main tibalah waktu lunch.
Tak larat haku nak makan berat-berat.
Oleh kerana semua dah sepakat maka lunch adalah air susu cokelat dan sandwich.
Damn good.
Lepas tu perjalanan diteruskan ke tempat yang orang-orang Sarawak mesti nak pergi.
Ce teka, ce teka??
Jalan TAR la mana lagi....
Jalan ni aku dah hafal so tak perlu mengong bagai.
Terus feeling-feeling pemandu pelancong.
Tempat pertama kena pergi adalah Nagoya.
Nagoya ni kain dia murs murs aku beli yang RM6 semeter tu.
Kualiti dia sama ngan kain kat Kuching yang RM16 semeter.... sampaikan orang kat ofis ingat aku beli kain mahal.  
Tak sah kalau tau beli 2-3 pattern dari Nagoya.
Bolehla melaram untuk tahun depan la la la la....


Lepas tu pergi Mydin beli beg sekolah, kasut, stoking, etc etc.
Baju seragam jangan tanya.
Gabby ni exclusive sikit.
Cikgu-cikgu kat sekolah pun puji baju sekolah dia cantik.
Iyelah cantik cikgu.... kalau dah size takde di pasaran, terpaksa beli kain dan hantar gi tailor.
HAHAHAHAHAHAHAHA....

Hari hujan renyai-renyai petang tu.
Terus pergi ke Semua House.
Dah penat, dah hujan sejuk, tentulah lapar.
Eh eh.... dah masuk waktu dinner lah!
Apa lagi, singgah kat Station Kopitiam dulu kaedahnya.


Anak-beranak taste mat salleh haruslah makan steak.
*Piankkkk!!*
Papa je yang makan bihun goreng.
Nama je bihun goreng tapi memang style sini agak berkuah tapi sedap.
Sumpah sedap katanya.


Dessert hari ini ialah Big Apple Donut.
Yang bestnya sapa-sapa beli bulan ni dapat kalendar kartun FREE cute tau, lepas tu dapat voucher untuk tahun depan, beli satu set donut dan the best part, it is valid in Sarawak/Sabah.
YES!


Ini muka girang dapat makan donut favorit dia perisa Peach.
Muka pun macam donut dah.


Auuwww.
Budak cute perut berlipat.
Tambah gomok dia cuti sekolah ni.


OK.
Sila abaikan budak yang dah terbongkang tertonggeng ni.
Perut kenyang, main roller coaster pun dah.
Time ni dia dah tak larat nak mandi lagi.
Letih sesangat.
Puas hati sangat dia hari ni.
Esok sambung lagi entri di hari ketiga.

  • Share:

You Might Also Like

1 ulasan