Cuti Cuti Malaysia The Kings (KL - Day 1)

By Mizz Coki - Disember 21, 2011

Selalu kalau datang KL mesti sebab kena attend kursus/seminar/bengkel/merendek.

Bulan Julai aritu datang dengan kawan-kawan, ingat tak entri yang lepas-lepas?
Kali ini dah tempah tiket seawal bulan Ogos tu pun OK lah dapat la harga murah plus hotel.
Hotel pulak kiterang dok Hotel Apple kat Jalan Alor.
Jalan Alor ni adjacent to Bukit Bintang so senang sikit nak berjimba-jimba tapi kalau membadak je macam kiterang sorry ye, tahan je teksi abis cite.


Well, belum apa-apa lagi flight kiterang delay jah.


Sian anak Mama.
(Muka tu tak boleh blah! HAHAHAHAHAHA)
Menyantak tak hengat donia lagi.
Mesti korang ingat dia lapar since petang.
Dalam flight makan Tandoori Wrap takmo kongsi-kongsi dengan Mama dia OK?
Sampai LCCT, singgah makan kat KFC lagi.
Yang ni kiterang makan tengah malam.
Kiterang sampai kat LCCT pukul 9 malam jah.




Dia ni kan.... kita suruh beli barang kegunaan diri sendiri bukannya nak dengar nasihat pon.
Adakah patut dibelinya laser pointer ni?
Harga bapak mahal RM50 gitu boleh buat efek lampu disco selain dari pointer tu.
Bila kita tegur dia boleh cakap ini untuk buat presentation la sayang.
OK.  Redha jelah takut derhaka kang kena sumpah jadi dugong.


4-5 hidangan adalah perkara biasa bagi kami 3 beranak yang bernafsu buas besar.
Kalau kat Kuching, biasa nya menu macam ni kena charge dalam RM40 - 50++.
Yang ni derang lupa bagi sup.
Tau berapa kami kena bayar termasuk air?
RM98.00.  
Sila pengsan sekarang.

Jalan Alor ni memang sorga makanan.
Orang debab memang takde citer lain mesti makanan kan?
Majoriti adalah hawkers Cina.
Tapi depan hotel kami ada hawker Melayu, mokcik comey dari Kelate.
Maggi Goreng dia terbaek jah.


Front desk staff Miss Lisa.
Baik dan sweet je dia ni.
Kalau nak gi jenjalan, carik teksi, sila inform dia.
Bedezzzzuuupppp taxi driver datang sepantas kilat.
Kiterang round-round pegi muzium cokelat, leather dan teh pastu singgah kat Berjaya Times Square kena charge RM10 aje which is damn cheap!
Nah, ni Facebook Apple Hotel.  Click click!


Pokok Krismas kat lobi hotel dan snow girl warna pink.
Bulat betul anak Mama macam snow man.
Hahaha..

OK readers.
Itu wrap up untuk hari pertama.
Ada 3 hari lagi untuk di cover.
Aku pun ada banyak benda atas meja ni nak letak lengan gajah ni pun tak tau nak letak tang mana.

Selamat membaca!


  • Share:

You Might Also Like

3 ulasan