Sekarang Ni Musim Panas ke Tengkujuh Sebenarnya??!!

By Mizz Coki - November 08, 2011

Demm!

Malam tadi tengah siok-siok layan internet dalam kepanasan (sorry, bilik tido takde ekon.  Hanya ada kipas siling dan meja) tiba-tiba dunia gelap seketika.
BLACK OUT.
Terus ^&%^*(@#!! atas kerusi.

Ikan Masin Perisa Keju Cheddar.  matilah statement!


Berbicara tentang panas ni kan.
Kat semenanjung Malaysia dah bersiapsiaga dengan musim banjir.
Pagi ni panas terik gila!
Sampai gatal muka aku dibuatnya.
Tapi hati-hati, perumpaan KU SANGKA PANAS HINGGA KE PETANG, RUPANYA HUJAN DI TENGAH HARI adalah sangat tepat dengan cuaca di Kuching.

Cemana nak cakap ye.
Cuaca kat Kuching biasanya macam ni:

Pagi:  PANAS GILA
Tengah hari:  REDUP/MENDUNG
Lewat Tengah Hari:  HUJAN LEBAT
Petang/Malam:  kalau tak HUJAN LEBAT bersambung lagi, mesti tiba-tiba PANAS.

Sungguh tak konsisten cuaca sekarang.
Aduhai, kan best kalau suhu Malaysia turun sebanyak 10 darjah?
Hari-hari merasa 33 darjah celcius, nak jugak merasa 20 darjah Celcius gitu.
Terus feeling-feeling duduk kat Otago.
Sayu hati bila sebut New Zealand.  Hajat tak sampai ni.
Well bak kata omputih, the grass is always greener on the other side of the fence!

Bang Frodo! Nak masak lauk apa malam ni?  Sam Gamgee telipon tadi kata nak datang!

Ke situ pulak topik panas nya ye?
OK.  Sekarang dah cantik-cantik, ambik buku, kuih karipap kantin bilik mesyuarat sedang menanti!

  • Share:

You Might Also Like

2 ulasan