Pengacara Baru Nona

By Mizz Coki - November 04, 2011

Semua dah tahu kan Neelofa dan Fafau akan jadi pengacara Nona yang baru.

Standard Malaysians.  
Asal pengacara baru je mesti kena kutuk.
Sila refer balik buku lama.
Maya Karin, Nurul Syuhada, Vanida .... cuba cakap sekarang, siapa antara mereka yang ter-miss kena hentam?

Ketepikan wanita-wanita cantik ini.
Apa yang aku nak sentuh sebenarnya rancangan itu sendiri.
Nona dulu dan sekarang sudah banyak bezanya.
Sudah jauh ke depan.
Sudah semakin tinggi dan sombong.

Yang aku kesiankan, bukan golongan wanita berkarier dan berpelajaran aje yang suka tengok NONA ni.
Nenek-nenek pun suka jugak tau.
Pada pendapatan sampingan akulah ye, rancangan NONA sekarang aku nampak macam khas untuk golongan Datin Seri Rosmah Mansor aje tau.
Nyonya Mansoor tak masuk line ni.
Perkahwinan anak-anak ongkaye yang masa intebiu memang tak boleh berbahasa Melayu lagi dengan baiknya.  Nervous ke  bang?

Pengantin Perempuan:
"I LIKE HIM BECAUSE HE'S SO LOVING, ROMANTIC, CARING AND HE REALLY UNDERSTANDS ME"....
(hello??!! lidah kau dah tak merasa belacan dan budu lagi kewww?)


Pengantin Lelaki:  
** buat-buat muka tersenyum gatal sambil menjeling pengantin perempuan yang becok tak berhenti-henti bercakap masa kena intebiu.

Terus reaksi muka satu keluarga macam ni;


Kalau aku senaraikan benda-benda yang aku tak suka tengok kat NONA sampai muka surat dua puluh lima ribu lapan ratus pun tak habis tau.
Standard la orang Malaysia kan mesti nak bangkang kerja orang.

Tapi kalau boleh, TV3 dan NONA sila prihatin sikit untuk golongan yang dok kampung, makcik-makcik yang dah masuk waktu senja.
Juga untuk suri rumah tangga yang mengharapkan elaun bulanan dari suami mereka.
Mereka juga mencintai NONA seperti aku adanya.

Adjust sikit je ikut kesesuaian dan citarasa orang ramai walaupun aku tahu adalah sangat sulit untuk memuaskan nafsu dan hati semua orang bukan?

Tapi janganlah dok tayang tunjuk yang kaya-kaya je.
Rawatan tradisi menggunakan herba-herba semulajadi yang tu OK berbanding dengan perempuan berkemban tayang barang kemas Rafflesia.

Ye, aku tau.
Aku merapu bukannya orang baca pun.
Tapi at least aku ikhlas, meraban pun sebaris sebaris ayat gitu.
Dah.
Puas hati den.







  • Share:

You Might Also Like

3 ulasan