Pemandu yang Malas

By Mizz Coki - November 10, 2011

Malas nak drive.

Dulu bukan main lagi.
Belum dapat lesen dah curi-curi drive.
Nak tunjuk power.

Sekarang rasa lagi selesa jadi Datin.
Kan ada supir yang ganteng sudi menghantar dan menjemput balik dari ofis.
Tapi, minggu depan supir nak pergi travelling.
Ada expo kat Brunei katanya.

Masa nilah otak melilau ligat nak cari alasan nak perabiskan cuti rehat.
Oh, inilah heaven bila cuti je sambung kerja sambilan buat kraf.
Sumpah.
Malas nak drive pergi tempat kerja.
Parking jauh-jauh pastu menapak naik tingkat atas.
Dahlah aku ni spesis yang mudah dan cepat berpeluh sampai lencun.
Aku berjalan kaki lima minit aje peluh mengalahkan pelari marathon merangkap rentas desa tau.

Darling.....
Next time, tolong belikan kereta ni boleh kannn?


Thanks in advance sayang!

  • Share:

You Might Also Like

1 ulasan