Kuih Jerawat!

By Mizz Coki - November 17, 2011

Kuih Jerawat?
Takde maknanya.
Kuih dan jerawat adalah topik entri kali ini.
Mana ada dalam dunia ni orang bikin kuih jerawat daaaaa......


Jerawat glemer katanya.
Glemer jugaklah kan.
Kan dah masuk dalam entri blog?
Dua bijik kat dagu.
Nilah bahana nya bila hormon tak menentu.
Kena bendera Jepun haruslah dapat jerawat berketul-ketul dan sungguh hodoh.
Suwei sungguh.
Nak mekap pun terasa tak layak.


Hari Selasa adalah hari meeting.
Hari meeting adalah hari makan.
Kat sini macam yang pernah aku cerita kan, kita melahap dulu lepas kenyang baru mula mesyuarat.
Kuih karipap dia sedap tau.
Makan sikit je.
Mesti bersopan bila berdepan dengan boss.
Lepas mesyuarat siap-siap bukak beg pensel sebab ada plastik untuk tapau lebihan kuih.
HAHAHAHA!!!


Terimalah foto paling mantap untuk hari Selasa lepas.
Mantap lah tu.
Dah kurang hodoh dah.
Saja nak tayang lipstik nak kasi Vero dan Mariana jeles.
Sila jeles ye kawan-kawan.
Siapa suka warna lipstik ni cepat-cepat pergi Guardian.
Cari Windsor Rose by Maybelline.
Kerana diriku begitu berharga dan lipstik murah katanya.

Ciao!

  • Share:

You Might Also Like

2 ulasan