Adoi. Adoi. Adoi.

By Mizz Coki - November 14, 2011

Makin menjengah hujung tahun...

Makin malas nak turun kerja...
Makin lambat tidur...
Makin bertambah jerawat...
Makin rajin dok rumah....
Makin makin makin.... 
Perkataan MAKIN pun macam pelik jadinya bila diulang-ulang!

Adoi.
Sebenarnya ada benda yang mengganggu fikiran aku.
Sangat sangat....
Lebih teruk dari hal duit.
Cemana nak cerita ye?
OK.
Rabu ni adik aku nak register kat UiTM Sarawak.
Aku dah lama gila tak pergi situ.
Aku grad dulu pun tahun 1999 tau tak?
Kali terakhir pergi pun tahun 2002 kut?
Bayangkan, kolej pompuan dah jadi kolej dak dak lelaki.
Sekarang banyak kursus dah bertambah.

Itu bukan isunya.
Isu persoalan di sini ialah Keyakinan Diri.
Dulu kurus.
Sekarang gemok.
Bayangkan kat mana aku nak parking kereta nanti?
Kalau kat depan bangunan utama aku tau itu untuk staf.
Untuk pelawat kena parking kat padang tempat Kesatria berkawad dulu.

Baiklah kat situ.
Kat mana nak mendaftar?
Pasti kat Dewan Jubilee.
Jarak dari padang tu sampai ke Dewan Jubilee adalah maha jauh.
Kalau hari mendung tak apa.
Buatnya panas terik????

Guna jalan untuk turun kuliah tu membukit tingginya.
Guna jalan depan tu jauh menapaknya.
Masa badan sekurus 55kg dulu kan nak pergi kulih pun naik semput turun naik tu.
Bayangkan badan ko dah berkali ganda besarnya.
Aku berjalan 2-3 minit peluh aku macam mandi air terjun tau.

Sekarang nak salahkan siapa?
Aku nak salahkan company laki aku yang gatal bodoh bahalol jahanam gila suruh derang buat ekspo kat Brunei sana ngam-ngam hari Rabu ni jugak.
Macam bodoh.
Sengal aku tau.

Dulu, masa register nak masuk kena pergi melencong banyak tempat.
Mula-mula daftar kursus.
Kemudian pegi bangunan satu lagi untuk ambik kunci bilik.
Kemudian pergi ke satu bangunan lagi untuk ambik but Kesatria.

Budak-budak sekarang tak macam kita waktu dulu.
Nak masuk kolej pun mak bapak masih junjung dan dodoi sambil dukung sekali.
Manja betul bebudak sekarang.

Zaman aku dulu haram lah mak bapak nak dok sama-sama register anak.
Bapak aku dulu koboi gila.
Diletaknya haku dengan baldi berisi gayung dan hanger dan satu beg pakaian besar.
Pandai-pandailah aku bawak muka toya pergi berbaris dengan siswi freshie bagai.

Bila aku dah dapat bilik dan susun barang tiba-tiba je terpacul bapak kat pintu.
Pandai ko pilih katil nak.
Tu je ke pak? Hahaha....

Tapi itu dulu.
Sekarang warisan mesti diteruskan.

Adik aku menyusuli aku ke UiTM.
Aku pulak ganti tempat ayah yang dah tiada.
Aku dah JANJI dulu kan ayah?

........ Fikir secara positif!



  • Share:

You Might Also Like

5 ulasan