Tak Terasa Dah Dua Tahun Kau Pergi Tinggalkan Kami, Ayah....

By Mizz Coki - Oktober 12, 2011

11 Oktober dua tahun lepas, kau tinggalkan kami pada pagi Ahad yang sepi...
.... RIndu ayah!
Rindu sangat-sangat..! ♥ ♥ 

Dan seperti biasa bila tarikh itu datang lagi, dah jadi tradisi kami mesti pergi ke kubur beliau.
Tukang beli bunga dan lilin mestilah aku si anak sulung.
Pastu adik dan mak bawak parang dan air.


Sepatutnya pergi berziarah ke kubur beliau hari Ahad lepas tapi hujan lebat gila!
Takpe, Isnin pun boleh maaa.
Bunga kiterang beli kat Pasar Batu 7, balik kerja terus beli bunga siap-siap bungkus bawak gi umah mak.
Sampai umah mak terus tukar baju dan to the kuburan here we go!


Yang macam pakai cardigan ni Mak aku.  Kecik kan?
Yang rambut panjang tu adik aku, Miss Yuyu.
Kiterang letak bunga, tebas sikit lebih kurang dan cuci kubur ayah.
Gosok sampai berkilat!

Sambil buat kerja, sambil buat lawak.  
Sambil buat dialog dengan beliau.
Sambil kenang kisah lucu dan lawak bodoh dan yang teruk kena mesti aku.
Iklan:  Waktu Ber-Tabby Tabby dengan Playbook Blackberry.  Klik cepat!
Ayah mesti happy kan kalau dapat tau Ted dapat masuk UiTM November ni, sekaligus minggu depan dia kena turun interview Penolong Pegawai Perubatan.
Wah!  Rezeki dia kan.
Sekali mohon dapat dua!
Tapi kita semua wish yang dia dapat Penolong Pegawai Perubatan tu.
Masa training diberi elaun, lepas training terus dapat kerja.
Kalau UiTM belum tentu dapat kerja tetap.
Aku bernasib baik.
Jun 2000 konvo, Ogos 2000 interview, Oktober 2000 report duty.
Hubby pulak, habis konvo sampai sekarang menongong kerja swasta.
Nama je MARA kan? 
Mana prioriti nya?
Tapi rezeki kat mana-mana.
Asal perut cukup diisi, hati cukup happy dah syukur dengan apa yang dinikmati.
Tapi lumrah manusia, beri betis nak peha.
Aku melalut jauh ni kenapa?


Now my father has gone to his home,
He is no longer with us
But I know that I am not alone.
And I know that he is watching over me.
I remember those words that he said a long time ago
And they bring me comfort and ease my sorrow.
There will always be a home for you my dear
So let your heart rest easy and never ever fear.

... We miss you Dad, we do.  
We know you're happy up there with Him.
For one day we'll meet again, We pray for you and we never forget.
Dear Lord, please take care of my daddy, will You please?
Grant him love, peace and happiness.
Amen.



  • Share:

You Might Also Like

1 ulasan