Tak Nak Kalah Masak dengan Bini Dia Eeeeeiiii Best Kalau Hari-Hari Macam Ni Kan?

By Mizz Coki - Oktober 04, 2011

Hujung minggu ialah waktu semua rakyat rajin berada kat dapur.

Yelah, hari biasa mana sempat nak masak best-best kan?
Paling-paling pun panaskan lauk tengah hari PIL aku kan sibuk jaga bebudak siang hari letih doh jaga budak.  Ko mampu??

Jadi untuk tidak membebankan derang hujung minggu haruslah Diva Dapur turun padang sinsing lengan baju berperang dengan periuk dan kuali.
Alerr masak tak teror mana pun, yang penting perut kenyang.


OK.  Ni resepi rekaan sendiri, gunakan apa aja kat dapur.  
Satu tin daging ayam yang macam Luncheon Meat tu, potong ikut suka hati dan goreng sampai garing.  
Pastu tumis bawang besar, bawang putih, last sekali masukkan jagung tin yang berkrim itu.  
Ingat, bukan jagung kasar tu tau, jagung krim. Lada sulah letak banyak perggghhhh... terburai abdomen makan camni hari-hari.


Sambal tumis garang.  Garang?  Tak cukup cabai kering, aku taruk cabai BOH tu, sampai terbersin terbatuk aku depan kuali.  Puas hati.
Tekak aku memang Melayu habis jah.  
Sorry ye, aku tak berapa sangat dengan pansoh pansoh, campak tikam rebus, etc.  
Iban style memang aku OUT.  
Kadang-kadang terasa malu bila balik rumah panjang laki aku.  
Yelah, derang main campak rebus je, padanlah sihat tubuh badan.  

Aku pucuk paku, keladi, umbut semua bantai masak lemak gitu.  
Ikan pulak aku suka asam pedas dan kari.
Padanlah bila everytime aku pergi KL menyantak tak hengat dunia lagi.  
Ye, tekak aku memang tekak belah sana.  
Mendiang ayah punya penangan ni, kasi anak-anak makan style Semenanjung.


Ni ikan goreng bujang.  Laki aku buat daaaaaa.

Dia memang rajin tolong aku kat dapur.
Senang je ikan ni, ko pegi lumur leklok dengan garam dan kunyit serta perasa sikit.
Dalam kes ni dia tabur sekali lada sulah tu.  Sedap wak.  Licin anak aku kerjakan.

Paling tak best lepas masak semua berterabur terbongkang kuali dan piyok.
Last-last cik abang jugak offer diri nak basuh.
Seronok kan jadi bini yang gangster, Kak Long Dil katakan, HAHAHA!




  • Share:

You Might Also Like

6 ulasan