Supply Sayur Segar Nan Menghijau dari Belakang Ofis Je, Ko Hado?

By Mizz Coki - Oktober 21, 2011

Sayur segar, cuma seringgit seikat.
Murs murs aje!
Beli kat mana?
Hehe, nak tau kat mana?
Serius ke nak tau?

Tengok dulu gambar sayur sawi, ngehehe!


Hijau dan segar.  
Nampak tak lubang-lubang kat daun tu?
Bukti jelas derang tak sembur racun perosak bagai.
Ayah pernah cakap kalau pergi market, jangan beli sayur yang perfect takde lobang ke hapa, kalau semacam je perfect dia, mesti depa guna pesticide.



Satu ikat dalam plastik ni dalam RM1 je.  
1Malaysia sungguh harga dia.


Sayur sawi ni sebenarnya ditanam oleh pesakit mental kat tempat aku kerja ni.
Kan wad derang ada tanah lapang?
Daripada berebut rokok, bergaduh, tengok TV sampai sakit pinggang, derang berkebun bersama-sama dengan staf.
Hasil jualan boleh digunakan untuk membeli pakaian dalam, sabun mandi dan barangan jagaan diri yang lain.
Selain daripada itu, mereka kadang-kadang naik kat ofis kiterang ni jual jagung, buah nangka, jambu batu, serai, kacang, kuih donat, goreng pisang, pau goreng (TERBAIK!), Mushroom Soup & Garlic Bread.
Mana tak gebu dok sini kan?

Sayur sawi ni memang kesukaan aku.
Kiranya kalau takde lauk sayur sawi ni macam tak ngam.
Boleh tumis dengan udang kering, ikan bilis, rebus dengan ayam, cincang masuk dalam bubur nasi.
Taruk dalam Mi Maggi.
Taruk dalam Mihun Sup.
Kadang-kadang tu kalau masak dalam satu pinggan, setengah pinggan memang aku sorang yang pelahapkan.
Hubby kata perempuan kambing, makan sayur hijau gelojoh macam apa.
Sayur bagus untuk kulit kan?
Eleh, aku paksa diri makan sayur berdaun ni supaya besok pagi aku dapat melakukan aktiviti perkumuhan sambil update status Foursquare HAHAHA!!


MUKA BUKU KAMBENG.
Sila makan sayur anda hari ini juga.

Pesanan khidmat masyarakat ini dibawakan oleh diri sendiri.



  • Share:

You Might Also Like

2 ulasan