Selamat Pagi Kak!

By Mizz Coki - Oktober 23, 2011

Topik hangat di ofis lately ialah:
KAKAK.

Amaran:
Foto-foto adalah tidak berkaitan sama sekali.
Lol.

Last week kan, 2x orang panggil aku KHA-KHAK tau.
Wow terasa akak-akak 40's gitu.
Pertama, ada sorang mamat ni I know you are avank fendek dan cemetot so terasa la muda ya aw aw....
Kedua, dok ter-excited my boss nak sign borang loan peribadi dia sampai tersasul ke ko memang saja panggil aku kha-khak kan?

"Lerr... dia panggil Kakak sebab dia hormat kat lu der"

HABIS, SALAH KE KALAU PANGGIL AKU PUAN? AKU KAN DAH KAWEN GITU.

"Lerr... tu pun hang nak kecoh wat pa? Hang kan dah tua, bukannya muda belia lagi, perasan betui la hang".

AKU BUKAN KECOH LA BONGOK. DERANG TU YANG RABUN TAK NAMPAK KE KAT NAME TAG AKU LAHIR TAHUN 1978, DERANG TU 1972 LA NGOK.

Fuuish.
Terus rasa renjatan elektrik.
Cepat melenting haku lately ni tau.
Tanda-tanda dah tua lah tuu.
CASE CLOSED.


MEE MASTO JAJAN FAVORIT JAMAN GONJENG DULU.

MUG SETIA DENGAN KESAN LIPSTIK COMOT.  LIPSTIK MURAH NOKS. BAJET LARI HAHA.

MISS BLULU.  ULAT BULU MASKOT MEJA SECRETARY BOSS AKU.

Kenapa ya bila dah menjelang hujung tahun macam la ni, terasa malas nak turun ke ofis?
Kalaulah gaji laki aku 40-50 ribu sebulan bolehlah malas-malasan.
Bangun pagi hantar anak sekolah, balik rumah buat kraf.
Buat kerja rumah sikit-sikit.
Hantar anak pi tuisyen.
Hujung bulan dapat elaun dari laki RM10 ribu.

*Piakkkk!!**

....... mimpi tak kesampaian.
HAHAHA.

  • Share:

You Might Also Like

4 ulasan