Kau Tak Sedap, Tapi Kenapa Ko Masih Datang Lagi??

By Mizz Coki - Oktober 22, 2011

Benci aku tau.


Masa lepak umah Mak tetiba anak sedara aku jerit, ayam baru! ayam baru!.
Lucah bunyi nya seketika.
Aku yang time tu tengah nak suap kuih pau terus takde selera sebab kat TV tengah tunjuk KFC Tom Yum Crunch yang maha tak sedap tu.
Benci aku dengan ayam ni.

Dulu-dulu masa derang mula-mula perkenalkan ayam ni, boleh aku dengan bestie aku si Yianti tu pergi website KFC dan demand ayam Hot N' Spicy kembali ke persada seperti sedia kala?

Kenapa aku benci ayam tom yum ni?
Derang ni nak ikut mazhab mat salleh kut suka improvise makanan tapi improvision yang satu ini adalah a total failure.
In what sense?

Ko bayangkan ko goreng ayam rangup-rangup.
Lepas masak garing, ko taburkan serbuk Tom Yam tu all over.
Lepas tu ko geget ayam garing tu.
Tiba-tiba ko terasa bibir ko terbakar sebab serbuk Tom Yam yang penuh rasa ajinomoto dan cili serbuk tu membahang kemasinan.
Benci betul aku.
First impression dah buruk what more to say to sink my teeth to another piece.

Well, tengokla nanti.
Paling lama pun dia ON dalam sebulan lepas tu Hot & SPicy datang kembali.

That's why now aku prefer ayam goreng Broasted Sugar Bun.
Murah.
Sedap.
Tak membakar bibir.

  • Share:

You Might Also Like

0 ulasan