Kami Dah Kerja 11 Tahun!

By Mizz Coki - Oktober 17, 2011


Nah.  Birthday sapa nok?
Kita ber-3 kah?
Haha.

OK.
Kisah di sebalik gambar ini.
Aku, Vero dan Wini.
16 Oktober 2000, 11 tahun yang lalu kiterang sama-sama report duty.
Sama-sama study kat UiTM (tapi derang junior aku)
Sama-sama dapat kerja.
Sama-sama dah kahwin.
Tapi tak sama tumbesaran.

Aku, kecik - besar - makin besar
Wini, besar - makin besar - kecik - makin kecik
Vero, kecik - maintain - makin kecik.

Lucu.

So, last Sunday, kami bertiga telah sepakat lepak kat Railway Cottage Cafe untuk meraikan kesebelasan tahun keberadaan kami di perkhidmatan awam.


Kek S.aya Y.ang M.enurut P.erintah.  Kek Tiramisu ini dibuat sendiri oleh Wini.  
Sedap tau, lima bintang aku kasi.
Ni Facebook bisnes kek dia:  DELICIOUS BITE


Teh 3 layer, tapi dah kena kacau.
Hampeh je.
Rasa manissss manisss seger!
Jangan tertipu ye dengan jag kaca tu.
Mesti korang ingat Mizz Coki nafsu badak minum satu jag.
Jag tu kecik je, tak sampai setengah liter pon.
Harga :  RM3.50


Menu yang aku order, tak lain tak bukan Chicken Chop.
Harga :  RM14.90
Porsi dan harganya oklah tu.
Rasa dia biasa aje.
Nothing to rave about.
Sombongnye... Haha.
Tapi, coleslaw tu rasa basi dow.

Hujung minggu ni memang makan macam gila.
Nyesal haku.
Dari Friday, adik aku birthday, Sabtu pulak dah janji dengan Gabby.
Tapau McD for me Mama?
Ok lah nak.
U've been a good girl this week.



Tapau apenye.
Konon-konon sambil menunggu Take-Away, apa kata Dine-In dulu.
Sweet!



Choco Top ke , Chok Topless ke tapi aku suka.
Ni favourite.  Kat Central Park takde la pulak.
Masa induksi kat KL circa 2002, memang dalam 2 minggu tu aku nongkrong di McD MidValley jenjalan sambil makan eskrem Choco Top ni.
Topping cokelat dia bila beku jadi rangup bila digigit.  Sedap!
Ala-ala Magnum gitu.  Serius.

Seriously Kuching needs another McD outlet.
When we went to Central Park, queue sampai ke pintu OK?

Jalan Tuanku Abdul Rahman, nope, I don't like going there.
Parking penuh, orang ramai sangat.
Aku kan retis.  
Mana leh expose, Bohoho!


Terus pecut ke airport.
Sampai kat sana, foooh nasib baik.
Bila aku queued je, terus orang ramai masuk.
Eii korang pun macam aku jugak.
Bukan nak terbang pun pergi airport.
Nak makan kat McD!!!!!

Lenkali boleh pergi sini lagi.
Tapi kalau nak bukak franchise McD kena standby RM3 juta paling kurang!
Sapa cakap?
Korang pergi sendirilah kat WEBSITE MCD tu.

OK.  3 hari berturut-turut makan macam setan.
Start minggu ni kena lah alim balik.
Jom rebus kentang!




  • Share:

You Might Also Like

6 ulasan