Jalan-Jalan Cari Makan : Chinese Street Stall, Jalan Song

By Mizz Coki - Oktober 16, 2011

Ni bahana perut menggila waktu pulang kerja.
Waktu lunch gatal tanak makan.
Busy konon.
Walhal bukak FB, main games, lapar tu belakang kira.
Bila dah time nak pulang menggelupur kelaparan.
Padan muka kau.

Masuk kereta buat muka comel sikit.
Kata perut sakitlah.
Gastriklah.
Sayang lapar tak?
Jom makan!

Sebenarnya dah pasang plan jahat.
Nak skodeng HIELO FROZEN YOGURT.
Kesian kan dok Kuching tak dak Tutti Frutti (KL.... December I come again!)
Takde rotan, akar pun berguna nok.
Sampai kat One Jaya, lerrrrr.. ingatkan dah bentang banner bagai kau dah bukak.
Rupanya masih under renovation.
Hatiku hampa.

Jom gi belakang!
Kita makan kat Porkies BBQ.
Ish. Tiba-tiba mata terpandang ke satu sudut.

China Street Stall.  Tak macam street pun? lol



Ngehehehe....
Starter haruslah Fried Dumplings.
Aneh jugak tak jual seketul seketul.
RM6 satu plate, dapat 10 ketul sekaligus!
Boleh perabis kewwww?


Eh, cicah kicap bawang lah.
Redha jelah.
Nak tunggu makanan lain, derang tengah goreng.
Jom bedal!

Bila dumplings tu tinggal 3-4 ketul lagi nasi goreng aku pon sampai dengan harumnya!
Nasi Goreng Daging a.k.a Beef Fried Rice.
RM5 je sepinggan.
Rasa dia boleh lah tapi agak tawar.
Aku curah lebihan kicap cicah dumplings tu terus Wow so Wonderful Wow Weeee!



Total makan:  RM16 je untuk dua orang makan.
Hubby bantai Mi Goreng Seafood.  Kureng katanya.
Tetap murah kan?
Aku rasa Hielo Yogurt tu mesti lagi mahal dari makanan kiterang.
Tapi kalori rendah.
Yang ni harga murah tapi minyak goreng-goreng dengan daging lagi?

Win Win Situation katanya....................!



  • Share:

You Might Also Like

1 ulasan