J.A.H.A.N.A.M Kredit Henpon Aku

By Mizz Coki - Oktober 24, 2011

Hari Jumaat reload RM30.

Sabtu tambah lagi RM10.
Call out cuma 3 kali je to hubby and Mak.

Pagi Ahad sedap sedap bangun dengan perut kelaparan tiba-tiba dapat SMS dari DiGi.
Ah sudah.  Kredit tak cukup untuk activate 3G.
3G tu ibarat nyawa tau.
Dalam kereta kadang-kadang mesti nak menyibuk check Facebook dan update Foursquare.

Tiba-tiba macam kena rasuk setan.
Angkat gagang phone dan serang DiGi.
Aarrggghhh tak kira!
Nak gaduh jugak.


******************************************

DEI TAMBIIII! AKU ISI RM40 KO PEGI POTONG KREDIT AKU SAMPAI TINGGAL RM6 KENAPA HAHH??!!

Cik pengguna Blackberry betul kan?

AHHHH PEDULI AKU DENGAN BLACKBERRY TU AKU SEKARANG BERCAKAP PASAL 3G AKU DAH TUKAR HENPON DAAA.  AKU PAKAI SONNI NIGAM EH? SONI X-PARIA NYIO TU.

Cik ada melanggan mana-mana promosi tak?  Sebab kalau saya tengok kat sistem cik ada menerima SMS dari 33100 sekali dia potong kredit RM3 cik.

HELO TOLONG SIKIT. KALAU SETAKAT NAK TENGOK VIDEO LUCAH AKU TAK PERLU LANGGAN MANA-MANA SMS OK? BANYAK KAT INTENET.

Ok cik. Apa kata saya tolong cik hentikan SMS tu OK?  Sekarang cik taip STOP ALL dan hantar ke 33100.

HA.  OK. MACAM TULAH.  BOLEH PAKAI KE PETUA NENEK KEBAYAN KO NI? BESOK-BESOK KREDIT AKU KENA POTONG LAGI AWAS KO!

Ok.  Sekarang ada apa-apa lagi yang boleh saya bantu?

MASAK NASI GORENG U.S.A AKU LAPAR TAHAP BOLEH MAKAN GAJAH SEKOR NI.

*tOOT.. ToOt ... tOOt....* ---- bunyi talian diputuskan.

*******************************************************
Moral of the story:

  1. Hati-hati kalau guna android phone.  Salah tekan duit melayang.
  2. Perbualan tadi di-metafora-kan untuk penyedap entri.
  3. Pengguna DiGi sila guna petua di atas untuk STOP kan SMS bodoh.
  4. Staf DiGi memang terbaek.  Tak pernah aku menunggu berjam-jam macam Selkom kefarats tu.


.......... aku tunggu bil hp hubby hujung bulan ni.  Kalau bil henpon dia oraits aku nak tukar ke post paid.  Aku yakin post paid lagi murah dan berbaloi dari prepaid.

The End.

  • Share:

You Might Also Like

5 ulasan