Demam Panas II - Cerita Sebelum Demam La Ni!

By Mizz Coki - Oktober 31, 2011

Nikmatilah foto-foto sebelum kena demam panas sehari itu.
Gila punya demam, sehari saje tau.
Hari Ahad sihat pulak.

Lihat la tangan terluka ni.
Hehehe.. kisah nye hari Jumaat giliran aku amik darah untuk saringan kesihatan.
Nilah yang best nya kerja ngan KKM tau.  
Free gitu kalau buat kat luar kena bayar ratus-ratus.
Tak best nya sebab susah nak cari urat sebab kena semunyik ngan lemak setebal dua inci.
Metafora nye. Hahaha.
Selalunye kena amik kat belakang tangan belah kanan tapi kali ini berjaya pulak.
Agaknya tangan aku ni memilih kut... nakkan Juruteknologi pompuan jugak, banyak lemak ko ek wahai lengan.

Jangan tekujat.
Lepas amik darah haruslah kita meraikan keriangan bukak posa.
Bukak posa?
Yee... kau kena puasa dulu waktu malam dan perut kena kosong supaya senang nak baca kandungan kolesterol, gula dan lain-lain untuk saringan kesihatan tu.
Balik dari makmal aku singgahlah kat kedai bawah tu bukannya jauh pun. 
Beberapa langkah kemudian tepat pukul 9:30 pagi, aku minum Coke dan makan keropok ayam ni.
Gila tak?
Gila tak?
Gila kan pagi-pagi minum Coke.
Saya kuat haus maaa!


Lunch time baybeh!
Sejujurnya sejak kantin spital bukak, aku tak penah lagi pergi sana.
Ni lah nasi campur kantin, aku mintak si Yam belikan untuk aku.
Kalau aku tau harga dia RM3 harus aku top up banyak-banyak haha!
Diet kak oi... diet ingat tu.

Sila jangan jeles kalau aku bagitau kat kantin spital kiterang ni, nasi campur dia RM3 je, tak kisah ko nak letak berapa kilogram lauk sekalipun.
Satu harga.
Pilihan aku kat atas ialah Rendang Paru, Ayam Masak Kicap dan Keladi Asam Rebus.  
Terbaek wak!

Lepas tu kan ...
Aku dan sorang lagi officer cirit birit tau.
Malamnya aku menggigil panas sejuk.
Lepas tu sah aku kena demam panas.

Hancur hujung minggu aku!


  • Share:

You Might Also Like

2 ulasan