Biskut Campuran King-Kong | Mengimbau Nostalgia Waktu Kecik

By Mizz Coki - Oktober 10, 2011

Tadi rasa bosan dok rumah.
Kalau tak jahit felt mesti nak masak dan makan.
Takde keje lain.
"Jom jalan-jalan!" - Kata hubby.
Orait gak tu. Kita gi Kenyalang nak tengok kedai kraf tu.
Uish. Kraf lagi.

Boring.  Kedai tu tutup la pulak.
Ko pun bangang gak sapa soh pergi kedai petang Ahad.
Kedai memang half-day bukak arini.

Takpe.  Meh beli jajan.
Boleh buat munchy-munchy dalam kereta.
Hmmmm eh jom pergi depan tu!
Godek punya godek tengok apa aku jumpa???

TADAAAAA!!!!!!!!!!


Biskut King Kong weh!
Anak-anak lahir 70-80-an korang mesti tau jajan ni.
Suka gila bila dapat. Macam jakun pun ada.
Dulu 10 sen satu paket.
Yang ni derang selotepkan, 5 paket = RM1.00
20 sen satu, orait apa.


Aku paling suka yang cokelat tu.  Kelapa kan?
Yang ni manis sikit tapi bedal je.
Sambil mengunyah tu rasa sebak pun ada.
Teringat zaman susah masa kecik dulu.

Dah-dah.. nak emo pulak.
Pasal itulah orang putih kata, yesterday is history.
dan hari ini dalam sejarah, aku makan biskut King Kong kembali.

Yes!

  • Share:

You Might Also Like

8 ulasan