Bila Anak Tak Nak Jenjalan Dengan Kita (edisi kecik ati ni sorang ibu)

By Mizz Coki - Oktober 15, 2011

Saja nak kongsi luahan hati.
Semenjak dua menjak ni kan, Gabby tak nak dah jalan-jalan ngan kiterang macam dulu.
Hujung minggu lah waktu yang terbaik untuk bersama famili kan?

Ni semua bermula bila kita tetapkan waktu untuk dia main laptop.
Dia ni kan memang dah teror gila buat akaun Facebook, Gmail, Blogger.com sendiri.
Ye.  Dulu dia ada blog.  Sendiri buat tau.
Mana ada masa nak ajar dia.
Dia tiap-tiap hari menggendeng tepi aku dan 'rekod' dalam kepala dia.

Lepas tu Papa belikan dia laptop.
Sebab kalau dia tak kacau laptop papa dia mesti kacau laptop aku.
Bising jugak FIL aku dulu masa kiterang belikan laptop untuk budak ni.
Lepas tu pelajaran ada merosot sikit.  Siang malam laptopnya.

Kami kemudian amik keputusan deras-tik (drastic).
Pertama:  Laptop hanya boleh diguna dari petang Jumaat sampai petang Ahad.
Kedua:  Homework mesti buat lepas balik sekolah dan malam pulak untuk extra exercise.
Kecuali hari Rabu sebab ada Kelab Badminton dan PBSM jadi malam boleh berjimba-jimba depan TV dan baca buku cerita.
Lepas tu prestasi dia naik semula dan maintain.




Dalam happy tengok dia normal macam tu ada jugak sisi abnormalnya.
Hujung minggu dia tak nak keluar dengan kiterang dah sebab nak fully utilize kan masa dia bersama laptop.
Kadang-kadang lunch pun dia tak makan tau.
Ada sebab aku menulis ni sebab aku tak nak dah laptop tu rampas masa dia bersama kami.

Tadi, ipar aku datang rumah, belikan McD untuk anak dia.
Gabby nampak terus mengamok.  Cemburu lettieww.
Hubby called tadi beritahu keadaan huru-hara kat rumah.
Aku called Gabby, tarbiah dia sikit.

Aku:  That's your problem girl.  You are too attached to your laptop.
Everytime we ask you out, you prefer to stay at home.  In fact, you just had your pizzas last Friday then why must be crying for that lame McD?  Idiot reason.

Gabby:  I'm sorry Mama.

Aku:  Good.  You learnt your lesson already.  OK.  We're going this weekend, to McD, agree?

Gabby:  WHEEEEEEEEEE!!!

Hanya aku je yang boleh ber-kompromi dengan budak ni.
Dengan bapak dia jangan haraplah.
Garang siot dengan anak, kang di-lempang nye budak tu, naya.
Haha.

OK.  Kecik ati memang kecik ati lah sebab tak nak jalan-jalan during the weekend.
Jeles tengok orang lain jalan-jalan dengan anak.
She's acting like she's 16 already.
I must take control.
I am her Mom (everyone knows doh!)

.... alahaii...
Cepatnya ko membesar Gabby, tak terasa besok-besok pejam celik pejam celik mesti dah ada boyfriend.


Uuupps!
Tak boleh , no way, nadaaa!



  • Share:

You Might Also Like

0 ulasan