Berjaga-Jaga untuk Tahun Depan, 2012 Memang 'Kiamat' Ekonomi

By Mizz Coki - Oktober 05, 2011


Hari tu lepak dengan boss.
Tahun depan akan menyaksikan kejatuhan ekonomi.  Sekarang dah masuk suku ketiga.  Keuntungan tak berapa bagus.  Keadaan akan bertambah teruk tahun depan.
Katanya.

Minggu lepas lepak dengan cousin.
Tahun depan, semua aktiviti perdagangan dan pengeluaran akan berkiblat ke China.  Amerika sekarang dah teruk.  Penganggur bersepah.  Market Eropah jatuh merundum.
Katanya.

Tadi masa mesyuarat, terima SMS dari hubby.
We are given 14 months from now before our plant to be closed down for good.  Everyone is not happy with the bad news.  Takde mood nak kerja.
Katanya.

Ya Tuhan.  Kau berikanlah kekuatan sekali lagi kepada ku untuk menempuh dugaan ini.  Janganlah 14 bulan tu dijadikan dateline untuk mereka semua.  Anak makin besar, umur makin meningkat, bukan senang nak cari kerja sekarang.
Kataku....

........... dan sampai sekarang, dia masih OFF kan handphone dia.  Aku tau dia betul-betul tension sekarang ini.  Pening.



  • Share:

You Might Also Like

2 ulasan