Beli Rak Baru untuk Workshop Kraf, Murah Gila!

By Mizz Coki - Oktober 11, 2011

Aku kan teringin sangat nak guna bilik tetamu kat bawah convert jadi workshop felt.
Tapi hubby tak kasi.  Nanti bebudak tertelan butang.  Tertelan jarum ke.
Ish!  Seriau mak ok?
Biasalah, rumah kiterang kan nursery tak berlesen. Anak-anak buah laki aku 3 orang kat sini nanti tak nak budak-budak tu kegirangan bila dapat gunting, butang, ornaments etc etc.

Nak tak nak terpaksa pindah ke master bedroom sebab bilik tu besar sikit.
Gabby pindah ke bilik kiterang.
Motif anak dok master room kan?  Pelik betul institusi kekeluargaan rumah kami ni.
Sebab maknya malas nak kemas bilik.
Kedua supaya Gabby ada ruangan lepak kat lantai main anak patung.

So, secara rasminya sekarang, bilik tidur kami jadi kamar beradu merangkap workshop.
Tak bersepah ke?
Itulah cabaran yang sebenarnya.
Meja besar gedabak.  Semua letak situ.  Kabinet plastik, laptop, mesin jahit, container ornament.
Bersepah meriah sunggoh!

Bila time nak potong felt, nak buat design mulalah menyiku benda-benda lain sampai gunting terjatuh.
Must do something ni.  Must do.
First, must find another cabinet to stack up all my stuff.
Furniture shop here we go!


Dapat dah.  Sila tengok betul-betul.
Macam rak pinggan mangkuk kan?
Kelas khaaauuu....
Memang pon.
Haha.


Macam kanak-kanak istimewa pun ada jugak rak ni.
Nampak tak bekas KFC tu.  Recycle tau.  Untuk simpan jarum-jaruman gitu.
Kotak poslaju, balang gula-gula, beg shopping LV (KAH KAH KAH! Walhal untuk simpan belacan, gula etc, tetap LV)



Nah.  Ni dia close up sikit.
Rak ni beroda.  Kalau aku nak buat kerja, aku tarik je dekat meja tempat aku berkarya. Cheh.
Bila dah habis kerja, kemas semua barang tolak balik dok sebelah wardrobe.
Hasilnya, meja dah kemas, bilik pun kemas, hati pun manyak sinang wo!

Harga:  RM50 selepas ditawar dari RM58 (alasan last stock, aku amik ni pun display set)
Lokasi/Nama Kedai:  Teck Lee Huat Furniture, Batu Tujuh Kota Sentosa, Kuching. (Ala, boleh nampak dari traffic light simpang empat tu, betul-betul berhadapan dengan Singapore Chicken Rice dan Mass Cafe.



  • Share:

You Might Also Like

3 ulasan