Back in Town Wee Hooooooooo!!!!!!

By Mizz Coki - Oktober 01, 2011

Anak-anak 70-an.  Ingatkah lagi kau orang sama zaman kegemilangan skating beroda empat ditemani lagu Disko dan rambut kembang?

OK.  Awal 80-an dulu siapa-siapa duduk area BDC, Tabuan Dayak, Kenyalang Park dan sekitarnya mesti masih ingat akan zaman kegemilangan King Centre?  Saya masih ingat lagi zaman saya kecil-kecil baru masuk Tadika kalau hujung minggu memang aunty saya akan heret kami dua beradik masa tu saya dan adik saya Mizz Yuyu berjalan terkedek-kedek pergi kat tempat ni sebab semua entertainment sudah tersedia dari snookerium sampai ke skating rink.

Ramai orang tidak tahu cerita studio Synchrosound yang asal dia dari tempat ini.  Generasi suami saya sempat lepak bersama kumpulang Wings dan Search yang pernah duduk Sarawak beberapa bulan untuk rakaman album mereka dulu-dulu.  Perggghhhhh!  Legend tu bah! *wink.

.................... tapi beberapa tahun kemudian tempat tu jadi sunyi sepi.  Tak tahu kenapa.  Bangunan kosong tu pulak dah diduduki supermarket sampai sekarang.  Tingkat atas pulak dah dikosongkan sebab departmental store dia dah bukak kat kedai lain.  

Pada satu petang, kami biasalah balik kerja kalau tengah hari tak lunch perut berkeroncong terus menuju ke Mega One untuk makan.  Masa dah parking tu tiba-tiba mata saya terpandang satu banner kat building lama tu. HAHHHH????!!!!  BIAR BETIK???


Yayyyyyyy!!  Nostalgia lama kembali lagi.  Sungguh mengusik jiwa kenangan masa kecik-kecik kan.  Kau orang dekat Semenanjung jangan heran sudah.  Kau orang tengok benda ni memang macam biasa-biasa saja tapi sekurang-kurangnya generasi selepas kami dapat meneruskan legasi ini.  Cheeseeee....... ahahahahah.  OK.  Kalau mau cari ini tempat senang saja kalau dapat jumpa Mega One Food Court, dan supermarket SMART tu kau orang pergi saja kat belakang dia gerenti jumpa punya.  Satu jam RM25 macam tu harga dia.  Tapi saya tidak mau cubalah.. nanti roller blade dia tertanggal.  KDahCiao!


  • Share:

You Might Also Like

2 ulasan