Yay! Another Buku Kak Liza Jadi Tambah Koleksi!

By Mizz Coki - September 15, 2011

Salah satu daripada aktiviti kami anak beranak kalau hujung minggu bukan makan saja OK? Apa kau ingat  saya makan saja kah? Haha. OK, kami suka pergi kedai buku. Tempat kegemaran kami pastilah Popular Book Store.  Bukan beli majalah hiburan tapi beli buku aktiviti sekolah untuk Gabby, Papanya jadi guru tuisyen di rumah budak itu harus diberi kerja bertubi-tubi barulah hujung minggu dikasi upah iaitu bermain internet dari Jumaat sampai Ahad!  

Sedang saya pilih pilih buku tiba-tiba mata terpandang satu sudut terus saya jerit Whoaaaaaaaa!  Kak Liza punya buku lah!  4 tahun dulu beliau pernah menghadiahkan saya buku Aneka Talam & Kuih Lapis siap ada tandatangan dia sekali.  


Sumber Foto: KLIK SINI.  Doh.  Lihat muka saya macam kuih pau.  Foto ini mimpi ngeri di masa silam.Mata pun sipit ditolak pipi yang tembam.  LoL. Ini gambar tahun 2007 OK?



Ngehehhehe... Kak Liza!  Saya dah beli tau! *Lambai lambai Kak Liza dari jauh*

Few months ago, Kak Liza ada datang Kuching bah dia siap call saya lagi suruh pergi ke Tun Jugah Mall tapi saya sibuk di Kota Samarahan.  Sorry ya kak, tiada jodoh kita mau ketemu.  Hari tu dia bikin promosi buku sambil buat demo masak-masa untunglah kau orang yang pergi aku juga yang rugi huhu.


Tu muka masih tak puas hati makan kek Red Velvet yang Winnie buat tempoh hari tetap gagah membelek resepi dan berazam untuk membuat sendiri Kek Red Velvet kak Liza yang memang cun dalam gambar apa lagi kalau dapat merasa air tangan kita sendiri.

Kalau mau tengok blog beliau sila KLIK SINI.

  • Share:

You Might Also Like

1 ulasan