Purrrr! Hari Ini Sangat Dingin -- Asyik Nak Shee Shee Jek!

By Mizz Coki - September 20, 2011

Haii!!!!

Hari ini memang best.  Sejuk sejuk burr burr purrr gitu.  Macam biasa, kalau hari Selasa mestilah saya harus hadhirrr meeting yang maha bosan itu tapi hari ini spesel sedikit.  Pertama sebab meeting kemetot saja, tak sampai satu jam terus blah!


Ini kuih kami last week.  Pulut Sambal Bulu!  Sedap.  Kau orang mau cuba? HAHAHAH... gerenti kurus, turun 7kg lepas makan ini pulut.  Eeeww!


Ini kuih pagi tadi.  Bolehlah tahan sedap dia.  Sedap sekejap.  Perut kena kosong, jangan isi banyak-banyak sebab pukul 12:30 tengah hari ada sambutan Hari Raya Aidilfitri, oh makan lagi!  Heaven nya!!


Sebenarnya untuk jimat bajet kami orang buat 3 in 1 celebrations iaitu Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, Jasamu Dikenang (untuk pesara tahun ini) dan juga Hari Raya, barulah best bertubi-tubi havoc nya kan?


Ni si Ridhwan bukannya datang untuk makan, habis kami yang sedang melahap di snap sana sini. Ish ish ish, budak ni.  OK, kau ambil gambar kami orang, saya pula ambil gambar kau baru win win situation.  Hehe!

p/s:  Jangan tertipu dengan perkataan melahap, hilang mood saya bila tiba saja lemang sama satay sudah habis.  Terus ambil nasi satu senduk dan sayur serta daging sikit sampai orang tanya saya, SIKIT NYA MAKAN! Hehehe... sabar saja bah.


  • Share:

You Might Also Like

2 ulasan