Mari Borong Durian Edisi Mengidam Tanpa Bunting!

By Mizz Coki - September 19, 2011

Burrpp.....!!

Eiiii sendawa bau durian! HAHAHA... Sebenarnya tak terniat pun hendak membeli durian di Pasar Bt. 7 @ Kota Sentosa tapi oleh kerana 'kempunan' sebab 2x colleague saya bawak durian pergi ofis, 2x jugak saya terlepas sebab durian dia memang macam selebriti kena hurung!  Gred A+++++ punya durian.  Durian yang jadi pilihan saya selalunya isi harus tebal dan rasa dia ada bittersweet! (manis pastu ada pahit di hujung nya - aftertaste).

Masa laki saya tengah pilih-pilih buah saya ambik henpon terus snap sana sini macam pelancong haha!


Tapak jualan durian ini saya gelar tapak pesta setahun sekali.  Kalau bulan Ramadhan, sinilah pasar Ramadhan Batu 7!  Sekarang musim durian semua penjual durian melonggok di situ.


Abaikan jejaka boroi yang memegang RM50 itu!  Si comel saya sedang bersedia hendak menghanguskan $$$ dia untuk isteri tersayang.  Tak malu saya bilang kat sini saya memang hantu durian.  Semua durian yang kami borong bila dah kopek kami letak dalam besen sederhana dapatlah dalam 3 besen.  2 besen saya dan Gabby yang pelingkupkan!  Besen yang satu lagi terpaksa laki saya tarik masuk fridge kalau tidak habis jahanam kami kerjakan.  Kau orang jangan heran, orang kat rumah kami ada 3 orang tak boleh makan durian ni kecuali dibuat tempoyak atas alasan ada darah tinggi.  Saya sama Gabbylah macam Cookie Monster dapat biskut memang sampai menjilat jari!

At the end of the day, saya puas!  Thanks darl!



  • Share:

You Might Also Like

3 ulasan