Layan Sims Social Sampai Rasa Nak Pecah Bijik Mata!

By Mizz Coki - September 03, 2011

Sapa pemain tegar Sims Social?  Game ni dulu bukan main, haku rejek, haku tak amik pot sekali bila dah main masa cuti terus berlumba-lumba nak cantikkan rumah.  Haha.  Lepas tu gian.  Bila energy dah habis aku login FB hubby dan main bagi pihak dia, of courselah berkongsi dan bertukar hadiah kankankan? Tipu daaa hahahaa.. Dulu teringat zaman kiterang satu keluarga dua keturunan gila main Farm Town ke apa Farmville ke... huish. Dari anak, sepupu, makcik, mak semua main!!  Hahahahaha....


Game ni simple je.  Ko klik lah kalau icon/button yang ada lambang toilet paper, ZZZ... ayam panggang madu tu kalau bertukar dari hijau kepada kuning dan merah kalau teruk sangat.  Derang ni akan pergi makan, berak, mandi etc.  Tips dari aku lah, korang add kawan ramai-ramai, lepas tu pergi ziarah rumah mereka satu persatu.

Energy
Untuk visit sehari, korang akan diberi 5 bonus Energy.  Gunakan energy tu kat rumah yang kau dapat tu, klik untuk aktiviti yang memerlukan energy (ada tanda flash kuning tu).  Jadi energy korang yang sedia ada (14-15 ketul) akan disimpan dan akan bertambah setiap 5 minit.  Bayangkan tiba-tiba energy ko yang sedia ada bertambah menjadi 25??!! Haaaa.. lepas tu energy korang yang ada boleh untuk buat upgrade skills dengan cepat so dapat duit banyak-banyak.

Shopping
Shopping ini penting sebab daripada furniture yang korang beli akan menaiktarafkan level rumah korang.  Takpe kalau ruang tak cukup sebab korang boleh simpan dulu furniture korang.  Besok-besok rumah dah besar sikit baru boleh buat susun atur semula.

Give & Take
Ni korang mesti murah hati hanya dengan klik klik je boleh bagi hadiah kat kawan-kawan.  So nanti derang akan bagi hadiah baeeeekkk punya untuk korang.

Jadi, bagi korang yang dah mula main Sims ni amikla aku yang comel ini untuk menjadi jiran korang.  Sapa-sapa yang belum tu moh ler kita berjiran beramai-ramai!

  • Share:

You Might Also Like

3 ulasan