Kuih Raya kat Ofis!

By Mizz Coki - September 06, 2011

Masih lagi dalam mood Raya yang penuh ceria! Takde mood nak kerja tau.  Dah menjadi tradisi yang lazim setiap musim perayaan lepas bercuti mesti meja pantry ofis dipenuhi kuih muih aneka warna.  Jadi Raya kali ini saja nak tayang-tayang biskut dan kek kat korang kat Semenanjung.  Adoi, maaflah ye, aku terlambat setengah jam je pergi pantry sekali sampai habis daaaaaa... macam dilanggar Geroda/ Garuda. Bahahah!


Tadaaa!  Ini ada Tat Nenas, Kuih Hantu Bangkit dan biskut Tak Tau Nama Sebab Takde I/C, boleh?


Ini kek Keliru aku bagi nama sebab apa keliru?  Sebab kalau zahirnya rupa dia ada buah kita panggil fruit cake tapi bila dah masuk mulut eh-eh, rasa Kek Hati Parek (pari) lah!!  ......... kerrr ini kek hati parek tak jadi kut?  Tapi sumpah jah, sedap rasa dia!  Aku makan 4-5 ketul ahahahah baham ham ham ganas.


Next!  Errkkk... sila abaikan kejadian ngeri ini.  Macam bebudak Tadika lah korang makan macam hapa tah, mentang-mentang aku yang last nanti orang sangka apeda Coki ni padan la gomok, makan macam Tenok!


Oh Kek Hati Parek pojaan lobang perut ku.  Jangan tanya lagi lepas lunch takde sisa hahahahaha...Kek Hati Parek ni sungguh pon rupanya hodoh hitam pekat, tapi rasa dia jangankan Mak Mertua, Kingkong pijak kau pun kau takkan terasa.  Harga dia pun ehem ehem, paling murah aku pernah jumpa lah kat Kuching ni, satu acuan 8x8 tu paling murah lah aaaa, dalam RM90.00 kthxbai. 


Ini kerepek apetah sorry saya tidak kenal sama dia.


Ini sajalah cerita dari saya.  Kek Lapis yang senorok sudah habis, kek yang boring saja mereka tinggalkan untuk saya.  Tapi saya tidak kecik hati sebab siapa dapat lemak lebih itu mereka sudah pasti.  Saya kan sudah kiut jadi tidak perlu saya menambah kiut lagi right?  Sekian terima kasut.



  • Share:

You Might Also Like

3 ulasan