Kudapan Masa Mesyuarat!

By Mizz Coki - September 07, 2011

Yeah. Since ada mainan baru saya jadi jakun. Oh sebab sudah lama bah tidak ada hp yang dia punya camera di ada pixels tinggi.  Dulu saya ada Sony Cybershot yang 5 megapixel handphone dia tapi sekarang anak dara saya sudah ambik.  OK.  Nanti saya cerita pasal mainan Tora Datang Lagi terbaru saya tapi kali ini saya cuma mau berkongsi gambar yang saya dapat curi tangkap masa lepas meeting tadi.  Siok wooo..


Ini nasi lemak tidak habis bah saya makan.  Sambal tumis dia adakah patut mereka itu meletakkan terlalu banyak serai?  Sekolah memasak mana dia belajar?  Kalau sambal tumis udang baru boleh simpan itu serai.  Fail.


Kek Batik Marie.  Koko dia kurang jadi kek dia sedikit kering.  Karipap dia telah menyelamatkan hari saya.  Inti dia terbaek woo.. ubi keledek dia letak tak terlalu banyak kemudian rempah kari dia terasa.


Wah.  Kesan lipstick siapa bah itu?  Hehehe.... Cawan ini kosong sebenarnya saja mau test power.  OK.  Saya sebenarnya terasa sangat boring hari ini kerana ofis masih sunyi semua orang macam sudah tiada mood mahu turun kerja.  Oh ya, saya harap boss saya akan bertambah ceria bila balik bercuti dari Paris nanti, seronoklah kau boss, P.A. mu juga yang jadi gembala kambing jaga kandang waktu kau tiada.



  • Share:

You Might Also Like

1 ulasan