Kopi Starbucks Buat Sendiri Je Kat Ofis Oh Murahnya!

By Mizz Coki - September 04, 2011

Haritu top up groceries kat King Centre.  Masa nak bayar kat kaunter mata ni tiba-tiba ternampak satu paket yang ada lambang very familiar to me.  STARBUCKS COFFEE!!!!!  Yeahhh! Harga RM9.90 dan ada 3 sachet kecik cinonet kat dalam dia.  Aku memang penggemar kopi tegar.  Orang kata kalau minum kopi waktu malam nanti mata ko terbongkang tak nak tido.  Maaf. Aku tetap boleh tidur dalam senyum sebab puas minum kopi!


Abaikan jejari tidak runcing tetapi montok itu.  Kemas je paket dia.


Dalam satu paket tuh ada 3 sachets.  Sikit gila!  Well it was my 1st impression tapi bila dah bukak satu sachet dan tuang dalam mug aku yang lebih kurang 350ml kut? .............


TADAAAAAA!!!!  Kopi Starbucks harum siot menunggu untuk dihirup.  Freshly brewed di kantor sepi ku.  RM9.90 bahagi 3 mugs dapat RM3.30 secawan.  Pergghh murah tak?  Murah tak kalau dibandingkan ko kena pergi drive ke Starbucks berdekatan, berbaris amik order lepas tu dapat kopi mahal.  Ko beli je lah krimer kesukaan lepas tu jangan lupa donut seketul lepas tu ngap ngap depan pc/tv.  Pergggghhh divine wa cakap lu.

OK.  Cukup. Aku nak turun bawah kena masak lunch.  Nanti update entri lagi.  So overall rating dia aku kasi:


Harga : * * * *

Rasa: * * *

Cadangan & Komen:  Rasa dia macam kopi timbang mahal yang aku pernah beli dekat Supermarket 20 Sen dulu, sekilo RM18 macam tu kalau tak silap.  Kalau dah dapat harga macam tu aku expect rasa dia superb!  Tapi lebih kurang je dengan Indocafe cuma a bit kaw-kaw lah.




  • Share:

You Might Also Like

1 ulasan