Giant Kuching - Kutipan RM1 Juta Pada Hari Pembukaan (Rumors yang Aku Dengarla!)

By Mizz Coki - September 01, 2011

Halo!

Ingat tak haritu aku janji nak buat entri kalau aku berjaya dapat tempat parking atau hijack-park untuk pergi ke Giant yang baru dibuka kat Tabuan Jaya/Stutong tu? Well, nasib menyebelahi kami laki bini, kami berjaya dapat tempat parking betul-betul di hadapan Giant, walaupun berjalan kaki 1 minit aje tapi tetaplah gagah sebab depan tu ada aiskrim haha!  Poyo.


 Ini hari terakhir yakni hari keempat pembukaan.  Time ni dekat Maghrib dah, kereta masih lagi bersesak-sesak.  Nasib kiterang baik sebab masa balik tu kereta macam tak boleh nak masuk lagi.  Teruknya!


Desperado de kapasito de motor ni.  Sampai terjungkit naik beam.  Semangat weh!


Ini kalau Chenal baca mesti dia nak lempang aku sebab aku ajuk dialek Samarahan.  Memang pun ramai muka The Samarahan-ers yang melonggok kat area Tabuan Jaya, bye-bye Batu 7!  Korang tengok stok beskal takde lagi dah.  Ni je yang tinggal.  Kuasa beli rakyat Kuching, pergghh!.  Sila rujuk balik scene dari filem 3 ABDUL bila orang ramai serbu kedai amik barang-barang secara FREE penuh dengan riot, redah, rempuh.  Haaa, aku rasa masa 1st day memang Giant ni kena serbu macam tu.


Kuda tua kami berwarna kuning emas parking tepi jalan.  Polis tak saman sebab Polis sibuk tengok barang-barang kat dalam.  Haha.


Hoi.  Sudah sudahla tu.  Masuk kereta cepat.

Kami pusing 1 round je dalam tu.  Sambil tengok barang, sambil bandingkan harga dengan Boulevard.  Mintak maaflah secara peribadi aku rasa korang tertipu dengan perkataan MURAH ni.  TESCO laaaaagi murah.  Sale untuk sampai hari Ahad katanya tapi kenapa harga meja yang kiterang beli kat Boulevard boleh kurang RM20 dari Giant???  Orang yang tak sekolah je boleh tertipu.  Yelah, amik contoh.  Ko nak carik apa? Lampin pakai buang?  Kat satu corner ada Pampers, Drypers, PersPers ape sumer tiba-tiba ada lampin jenama Giant yang 10 hengget lebih murah terus kata OH MURAHNYA!  Lepas tu anak ko merengek MAK NAK KEROPOK.... Tak nak ambik Pringles, Cheezels bagai sebab mahal tapi bila nampak keropok Giant RM1.99 OH MURAHNYA!  Kualiti baju dan kasut yang dijual, aku rasa kat Batu 7 tu pun lagi bagos kualiti dia.  Dari pintu masuk tu aku dah gelak.  Eskrem King's tu jenis POTONG cuma 99 sen.  Helo makcik!  Kat Wisma Wan tu pun boleh dapat harga sama, so di mana ke-MURAH-annya sampai berebut dan jammed berkilometer panjangnya.  Tak berbaloi langsung.  Kenapa bila Giant bukak kat Parkson Kuching dulu takde pulak manusia nak serbu macam apa tah.  Peliks.

Before balik melencong dulu ke OneTJ's Sugar Bun.  Ngam-ngam time orang bukak puasa, ramainya orang!

Aku geram bukan apa.  Orang kat rumah aku korang paham-pahamlah anak beranak tu kan, seminggu sebelum pembukaan dah pom pang pom pang sana sini kata nak pergi.  Ingatkan bila dah pergi berangkut sampai sepuluh troli.  Puih.  Kiterang laki bini pergi tak bagitau sapa-sapapun amik kunci kereta terus pergi, tu pun cuma jenguk kejap, beli aiskrim lepas tu terus pergi carik makan perut lapar siot.  Masa opening day haritu kebetulan aku cuti sebab Gabby tak sihat.  Lepas settled semua kiterang konon-konon nak pergilah lepas tu baru pergi lunch tapi belum sampai pun bulatan dari Tabuan Jaya ke Pending tu humangaihh!!!!!!  Dah sesak dengan kereta, ramai yang amik inisiatif berjalan kaki dalam panas jerebu lagi.  SANGGUPPP!!!!!!

Petang tu aku sempat pergi hantar kain ke personal tailor aku haha, sapa lagi si Ah Yen lah... dia kata, "Lu tau ka itu hali ahh opening day dia olan cakap collection dalam one million woooo!  Tapi saya titak maok pigi dolok, saya tunggu sudah satu bulan itu macam.  Apa mau pigi sikalang kuat panas ho.".  Aku senyum je sambil angguk.

Bukan apa, just nak ingatkan balik, wahai orang-orang Kuching masih ingatkah anda dengan insiden pagar runtuh semasa pembukaan Courts Mammoth dulu?  Sekarang dengan kehadiran Chan's Furniture yang lagi murah Courts macam hidup segan mati tak mau sampai tukar nama dah, @Courts ke apa.  Masa opening The Spring pulak, manusia merempuh masuk macam dirasuk setan, parking pulak sampai berkilometer jauhnya.  Belum lagi adiknya The Summer bukak kat Kota Samarahan lagi.  Nasib baik The Spring masih havoc sampai ke hari ini.  

Dah shopping tu ingat-ingatlah dengan laki kat luar ye cik kak.  Sian jenuh menunggu.  Korang jangan pulak marah bila aku membebel ni.  Fakta semata-mata.  Kdahciao!



........................................ Sian cik abe tu.   Haha.


  • Share:

You Might Also Like

6 ulasan