Gabby punya BM Tonggang-Langgang! Kesian Anak Mama Nan Sorang Ni..

By Mizz Coki - September 18, 2011

Bosan sungguh hujung minggu ini.

OK entri kali ini kan tiba-tiba saya dapat idea dari Gabby.  Gabby ni BM dia memang teruk tahap Gaban punya jadi dalam seminggu macam itu selain dari tuisyen di sekolah dia, Papa dia jadi tutor di rumah.  Kan dalam entri sebelum ini saya ada cerita yang saya pergi beli buku aktiviti dia lalu terjumpa buku Kak Hanieliza kat Popular? Jadi method yang kami gunakan memang kami beli buku aktiviti macam Sains, English, BM, Maths kemudian bagi briefing lebih kurang dan suruh dia buat aktiviti sikit dalam dua round.  Lepas itu bagi balik kat Papa macam main cikgu-cikgu pula jadinya.


Tajuk karangan ini ialah buat syarahan tentang kebaikan menabung duit.  Kalau part-part bahasa ini adalah tugas saya, kalau Maths sama Sains itu kerja Papa dia. Dia buat syarahan ni tak sampai sepuluh minit pun lepas tu terus masuk bilik saya MAMA, FINISHED ALREADY! Sungguh bersemangat anak Mama ni.


Kau baca saja sudah tak boleh kontrol ketawa lagi.  Gabby.. Gabby.. ibu mu ini dulu Ketua Editor majalah sekolah, wakil sekolah lagi Forum Remaja, kalau karangan itu memang makanan ibu mu ini nak oiii...

English, Maths dan Sains memang budak ini tiada masalah punyalah.  Tapi kalau bab Bahasa Malaysia/Melayu ini adoi doi doi!  Saya baca karangan ini rasa mau terburai usus menahan gelak.

.... September 2012, tengoklah nanti, macam mana anak Mama ni mau duduk exam UPSR.  Kerja keras dari sekarang ya nak.... Sayang anak Mama!



  • Share:

You Might Also Like

3 ulasan