Dapat Red Velvet Cupcake FREE Oh Sedapnya!

By Mizz Coki - September 05, 2011


Nah.  Tudiahhh!  Sib bek bulan puasa dah lepas kalau tak ada yang meroyan geget skrin pc huhu....  Ni dia aku nak mempersembahkan Kek Cawan Red Velvet yang gebu dan tak muak dimakan!  Aku bedal 3 OK?  Lalalalala.....



Ini kek cawan hasil sistem barter millenium baru, kawan aku dapat pouch hp, aku pulak dapat merasa kek cawan dia yang lazaaaat gila babas ni.


Ce try tengok, ce tengok..... gebu tak?  Kek ni topping dia ialah Cream Cheese yang dipukul gebu.  Selalu orang letak gula yang diwarnakan merah untuk ditabur kat atas kek ni kan?  This one dia gunakan serdak kek tu sendiri so tak manis sangat.  Bijak kawan aku ni.



Tiap kali aku tengok gambo ni kan mesti rasa nak terkam-terkam je.  Kek dia sangat padat dan gebu memang terbalik bijik mata ko saat kek yang gebu ini melabuhkan dirinya di atas lidah korang.  Memang sedap!

OK.  Cukup setakat ni, aku nak meraung sat.  Sejak balik dari KL berat aku naik 3kg! Lalalala... *sambil tiup kuku.....

  • Share:

You Might Also Like

3 ulasan