Unlimited Internet Untuk Pengguna DiGi + Blackberry Sangat Murah Gila!!

By Mizz Coki - Ogos 02, 2011

Hai!

Dah kembalian dari bercoti-coti Malaysia sambil buang duit tiba-tiba ada benda yang menjimatkan.  Bila menyebut tentang penjimatan terus telinga kecil tanpa cuping terbuka lebar macam telinga gajah Siam.  Jimat $$$$???!!  Macam mana tu?



Nampak tak arahan di atas?  OK.  Nak tanya sini, ada tak pembaca blog ini yang guna Blackberry dan sekaligus pengguna DiGi??  Kalau YA, cepat-cepat sign up sekarang!  Kenapa mesti kena kerahan paksa?  Sebabnya;

Dulu, aku guna Unlimited BB DiGi untuk RM2 sehari.  Itu untuk sebulan korang akan spend RM60 untuk Perkhidmatan itu tak termasuk kredit lagi.  Penat top up tau. Poket yang penat.  Sekarang hanya 98 sen sehari x 30 hari = RM 29.40.  Berapa korang dah jimat?? RM35.10 OK?  Cukup untuk 4 kali pergi KFC sebulan.  Jimat tak?  Tak pun RM35 tu boleh guna kredit untuk 30 hari.  Telco lain kalau korang top up RM10 tu untuk seminggu (7 hari saja) tetapi DiGi bagi RM10 untuk 10 hari tau!!!  Ha, sekarang korang paham kan?  Jimat tak?  Jimat tak??

Sekarang, dah boleh subscribe untuk bulanan cuma RM25 sahaja.  Diulangi RM25 sahaja.  Unlimited Internet untuk pengguna Blackberry ni korang boleh surf internet, hantar email, Twitter, Facebook, BBM, Yahoo Messenger, Windows Messenger dan macam-macam lagi tanpa had!  Sampai mabok BB aku tak sampai tengah hari dah 'kong' bateri dia sampai lepuh jari-jemari aku update status FB tiap-tiap hari!  Tu dia, penangan yang DiGi bagi.  Aku siap boleh update blog lagi masa bercuti hari tu.

Sapa-sapa dah ada BB tapi bukan pelanggan DiGi, baik korang bertukar sekarang baru korang percaya dan merasa nikmat nya dapat berjimat dengan DiGi.  Satu lagi DiGi ni murah hati tau.  Korang reload banyak-banyak lagiiii banyak bonus dia bagi.  Bukan setakat panggilan, SMS dan MMS percuma sampai tak terpakai pun banyak korang boleh dapat.

Ini bukan iklan berbayar tapi aku saja nak berkongsi kegembiraan tahap Dewa!!



  • Share:

You Might Also Like

0 ulasan