Salam Ramadhan Untuk Bloggers Muslim!

By Mizz Coki - Ogos 03, 2011

Wah, dah masuk hari ketiga bulan puasa.  Memang mencabar sungguh puasa tahun ni bagi korang sebab dengan panas + jerebu ramai yang sakit.  Kat ofis aku ni je dah 2-3 orang nampak tak berapa sihat dan ada yang terpaksa tangguh dulu puasa sebab demam.  Kesian.  Time ni waktu lunch, baru je habis minum kopi Indocafe se-Mug, ooops!  Hehe...  Penat tak habis lagi, dah turun kerja.  Anway, maaflah sebab macam tak larat nak update blog.  Memang pun tak larat.  Nak buat kerja kat ofis sampai sekarang satu habuk pun tak terbuat lagi.

Bercakap tentang Ramadhan tak sohih kalau tak bercakap pasal Bazaar dia.  OMG!  OMG!  Elakkan pembaziran tahun ni kalau boleh.  Kiterang laki bini dah siap bagi pesan sesama diri sendiri untuk kontrol perbelanjaan.  Hampeh.  Kalah orang yang berpuasa.  Hak hak hak! Semalam kiterang pergi ke Bazaar Ramadhan, Stutong.  Humangaih manusia punyalah ramai siap belaga bontot lagi masa nak memilih.  Aku dah berapa kali dah remind hubby supaya tidak lalai simpan wallet dalam poket belakang.  Sentiasa beringat OK?  Masa inilah pencopet ligat menjalankan aktiviti tidak sihat ini.  Pergi sana bukannya apa, Gabby mengada-ngada mintak Nasi Beriyani pasar Ramadhan.  Anak oi, takyah tunggu bulan posa pun mak ko boleh belikan, apalah yang spesel sangat sampai kena tunggu bulan posa gak?  

Balik rumah, siap goreng Pappadom lagi! Hoyeh hoyeh!  Aku tapau Pappadom 4 peket beli kat Jln. Masjid India haritu, kat Kuching ada tapi aku tak tau nak carik kat mana sebenarnya Hahaha... Over tau.  Pappadom garing rangup dimakan dengan Nasi Beriyani Ayam + Dalca + Acar = Jadi gemok!  Ditambah lagi dengan air tebu, Popia Sardin Rangup, Kuih Bingka.  PENGSAN.

Lokasi Bazaar Ramadhan hari ini ialah hendak menyerang hendap Kem Askar Batu 8 hahaha sebab kat sana masakan Semenanjung semua ada.  Nasiblah tekak orang Perak kan?  Idokler teman dapat menolak kalu masuk bab-bab makan lauk belah sana, kome pulak ape ceritenye puase tahun ni? 


  • Share:

You Might Also Like

2 ulasan