Putus Tunang - Sial di bulan Ogos kah?

By Mizz Coki - Ogos 06, 2011

Sekarang kecoh sana-sini-sitok-sinun pasal putus tunang.  

Mula-mula Elia dan Fahmi membuka tirai.  Lepas tu Ally Iskandar dan Aishah.  Last year musim cerai, this year musim putus tunang.  Masing-masing memberi alasan cliche; TIADA PERSEFAHAMAN DAN BUKAN KERANA ORANG KETIGA.  Garu kepala.  Kalau dah tahu akan dihentam tsunami buat apa bina banglo di tepi pantai kan?

TIADA PERSEFAHAMAN:
Betul kata orang tua-tua, masa bercinta memang semua manis.  Minum sirap kongsi satu gelas dua straw.  Romantik atau nak jimat kos untuk hantaran besok-besok?  Muka pucat tak letak mekap pun tetap au natural beauty katanya.  Kentut masing-masing pun tetap sewangi perfume.  Memang berada di awangan lah pokoknya.  Bila dah terkena terhantuk dahi mulalah menuding jari sesama sendiri.  Wajah cantik dan kacak bertukar menjadi Ibrahim Ali dan Princess Fiona di waktu malam.  Semua keburukan dan kejelekan di bawah kain di dalam sarung terbongkar akhirnya.  Bukankah waktu bertunang itu adalah waktu untuk belajar dan mengerti kelemahan serta kelebihan masing-masing.  Bukankah?


TIADA ORANG KETIGA:
Orang ketiga tidak semestinya bermaksud pacar gelap atau perempuan hingusan yang digosipkan menerima kasut dan kereta sebagai imbalan sebab berjaya menjadi skandal.  Orang ketiga juga boleh kita hmmm... anggapkan sebagai campurtangan keluarga atau kawan-kawan.  Atau jiran-jiran mahupun teman sepejabat.  Kalau kau dah cinta, tentu kau dah tetapkan hati dan tak peduli kata-kata orang lain bukan?  Bukankah?

Waktu perkenalan bukanlah kayu pengukur alasan kenapa harus bertunang atau putus tunang.  Ini berdasarkan pengalaman.  Aku bertunang dengan hubby selepas 9 bulan berkenalan dan berkahwin dua bulan kemudian.  Ambik contoh Elia dan Fahmi.  Maafkan aku Elia, sebab kau follow blog aku dan mungkin kau terbaca entri ini (Ya ke baca?)  Elia dan Fahmi dah lama berkawan tapi bertunang tak sampai tiga bulan pun.  Bayangkan betapa indahnya kalau korang semua masih bersama.  Sama-sama buka puasa dan saling kunjung-mengunjungi masa pagi Raya nanti?  

Situasi aku cukup simple.  Dalam tempoh berkawan kami sudah tahu pe'el masing-masing.  Aku kuat merajuk, cengeng kadang-kadang garang macam singa Afrika tapi dia penyabar, penyayang dan tahu macam mana nak handle kepala hangin aku ini.  Sorang api, sorang air.  Macam Yin dan Yang.  Rosmah dan Najib.  Datuk K dan Dato' Siti.  Bukan Upin dan Ipin ye, tu sumbang mahram!  Gay lah.... shit. OK Back to the topic.  Sedangkan lidah lagi tergigit apa lagi suami isteri/tunang.  Bulan Februari depan, perkahwinan kami masuk ke tahun yang ke 12 tapi bagaimana kami mengekalkan kemesraan kami macam pengantin baru turun pelamin terus redah bilik tidur?  Every nite is a first nite for us.  Tinggalkan topik kamar tidur.  Itu rahasia kami.  Pokoknya, dari perempuan cengeng, garang dan degil sekarang aku jadi rasional dan terkawal.  Tahniah Encik Suami sebab berjaya mengubah sifat negatif aku menjadi wanita positif.  Macam cas elektrik pulak haha!

Well, ngomong emang gampang.  Cakap memang senang.  Jodoh pertemuan memang di tangan Yang Maha Kuasa.  Tetapi salahkah kalau kita berusaha sedikit untuk menjernihkan keadaan yang keruh dan memberi peluang kedua?



  • Share:

You Might Also Like

0 ulasan