Perihal Part-Time Business - Berniaga Separuh Masa

By Mizz Coki - Ogos 22, 2011

Nampaknya penyakit buat biz part-time dah berjangkit-jangkit kat kengkawan.  Eiiii seronoknya!  Welcome aboard girls.  Well, you all tau kan aku buat kerja jahit-jahit felt ni secara sambilan.  Duit yang aku dapat sikit-sikit aku simpan lama-lama tak terasa duit tu lah yang aku guna untuk sambut Gawai Dayak baru-baru ini.  Memang berbaloi.  Dari hobi jadi RM$$!  Aku tiga orang kawan baik. Semua kerja jadi P.A. macam aku jugak.  Sorang minat bidang kecantikan sorang lagi minat fesyen dan sorang lagi bakery. 

Kawan yang first ni nama dia Ana.  Baru-baru ini Ana dah mula buat bisnes facial dia.  Selain daripada itu, dia buat massage dan mekap.  Secara rasminya, akulah pelanggan pertama yang buat facial - urut muka, deep cleansing, anti-aging mask, cukur kening = RM50.  Murah tak?  Ana ni memang terlatih and was trained under Mary Kay dan Natural Beauty.  Products yang dia gunakan pun memang Mary Kay & Natural Beauty jugak terpulang kepada pelanggan.  Tengoklah kalau rezeki mengizinkan dia nak upgrade-kan services kepada face uplifting (buat muka jadi kurus, buang double chin geleber!) dan juga slimming, Yayyyy! *girang gumbira*.  So, kalau terasa nak nampak wajah berseri-seri di pagi raya nanti bolehlah buat appointment dengan Ana.  Cemana nak kontek dia?  Sapa-sapa dok Kuching you can just reach me at my blog.  Nanti aku bagi korang nombor telefon dia.

Kawan aku yang kedua ni orangnya cantik ada iras Fasha Sandha.  Fasha Sandha tu ada darah mami tapi kawan aku ni macam campur Filipina pun ada jugak.  Cantik gebu!  Lumrah orang cantik haruslah minat berpesen kan?  OK, korang pergi blog dia ni, SOULZCLOSET.  Memang taste dia terbaiklah.  Korang yang kerja office tapi mengong nak cari office wear yang stylo inilah tempat dia.  Stok dia Singapore mari arr ahmoy...  dia memang selalu pergi sana sebab hubby dia kerja kat Singapore.  Jadi beruntunglah korang yang bersize kecik molek dapat bergaya dengan koleksi beliau.  Oh ya, sapa-sapa yang purchase lebih dari RM50 akan dapat mug berbunga percuma (hanya untuk 5 orang pertama).


Ni antara koleksi yang ada.  Cantek kan?


Sorang lagi ialah Winnie.  Dia ni macam aku jugak kuat / suka makan tapi dia slim!  Hobi dia makan dan masak jadi dia dah wujudkan Facebook page dia yang bernama; Delicious Bite!  Hmmm... dia bermula dari saja-saja buat kek sendiri sebab dia tak puas makan kek buatan orang yang kadang-kadang kering sampai rasa nak tercekik bila dimakan katanya.  Lepas tu buat untuk kawan-kawan satu ofis.  Lepas tu maju setapak lagi, amik order.  Lama-lama jadi bisnes online!  Memang kek dia sedap, aku lah yang jadi tester kek-kek dia.  Memang sangat moist nak-nak kek lama macam Kek Lumut tu aduihhh...


Ada cupcake berwarna-warni....


Kek Lumut Sarawak yang terkenal moist & tasty!


Oh, ada pizza jugak!

So, sokonglah kita orang ye? Haha.  Peniaga kecik pasar online katanya.  Nak kraf felt, nak baju baru, nak buat facial, nak tempah kek so bolehlah kontek kiterang terus especially korang yang dok Kuching!  Thanks a bunch, mwahss!!



  • Share:

You Might Also Like

3 ulasan